Monday, 28 October 2013

Hidup kini lebih ceria

Salam Isnin

Alhamdulillah hidup kami tiga beradik kini lebih ceria..Kenapa???

Mama kami kini working from home mum..bermakna mama kami akan sentiasa berada di rumah dan kami juga akan sentiasa juga berada di rumah dan tidak lagi menumpang di ofis lama mama.

Mama kami akan mula praktis di firma guaman mama sendiri ..Mama kata dah hampir 15 tahun kerja dengan firma orang , mama tak kemana jadi mama kami kata daripada berkerja cari duit untuk orang , lebih baik bekerja cari duit untuk diri sendiri ..banyak ke sedikit tu rezeki Allah yang tentukan. 

Kami pun tumpang gembira dan harap firma mama kami berjaya.Aminnn

Hari Jumaat lepas adalah hari pertama mama kami melepak di rumah , buat masa sekarang ni mama kami sedang habis kan cuti dulu, bulan depan baru stat ofis sendiri.

Weekend lepas azri demam, kami tak kemana , cuma keluar bandar beli printer dan make- over bilik belakang untuk dijadikan ofis. 

Cerita make-over bilik nanti kami buat cerita khas untuk catatan diari ni.

Hari ni kami semua rasa extra hapy sikit, balik sekolah tadi kami semua terus balik rumah dan makan tengah hari dengan masakan di rumah ..Walaupun mama masak selalunya yang cincai boncai aje tapi lebih baik dari makan yang kedai punya.

Min, kucing kami pun kehairanan..apsal ramai-ramai kat rumah ni, biasanya sunyi sampai ke petang ..alih-alih dah tak dapat nak bebas dalam rumah ni..nak lepak kat kerusi depan pun tak dapat,

Petang tadi azri dapat lah tido dengan puas...alhamdulillah hari ni azri sihat..kalau tidak panas badan azri tak turun-turun.agaknya dapat tido lena pastu dapat main game sepuasnya , sihat terus azri..syukur.

Ok tu aje nak cerita, buat masa ni mama kami tengah pening kepala nak urusnya proses nak bukak firm sendiri ni..kami pun terpaksa lah berkongsi ofis dengan mama kami ni....barang-barang dia kami tak boleh usik langsung , siap kena warning lagi, sapa pakai barang ofis mama kena caj..he eleh kedekut!!!

-3 boys -

1 comment:

Unknown said...

Aa.. Bila mama ofis di rumah, maknanya kamu harus menghormati ruang utk mama! Bukan lesen utk suruh mama buat itu & ini...🍔