Wednesday, 23 October 2013

Rumah Api Tanjung Tuan

Assalamualaikum.

Akhirnya tercapai hasrat kami nak berjalan-jalan ke rumah api Tanjung Tuan.

Walaupun pada mulanya impian tersebut hampir terkubur.

Hari Sabtu lepas, lepas sarapan, ayah suruh kami siap-siap...mama bawa juga bekalan baju-baju, mana tau tetiba kami tak tahan tengok pantai pastu termandi laut ker.

Macam biasa la, sebelum bertolak tu ayah kami sibuk juga dengan laptopnya , buat kerja-kerja ofis. Mama kami pulak sibuk packing-packing apa-apa yang patut.

Siap semua dan bertolak lewat sikit , dalam pukul 11.40 pagi camtu .. 

Macam biasa jugaklah, baru sampai bandar Seremban, belum pun jalan jauh, ada yang dah komplen lapar. Jadi ayah kata lepas ni gi makan dulu.

Sampai PD dah pukul 12 lebih camtu , ikut highway , perjalanan lancar . Kami makan kat Nasi Ayam Gemas dekat Teluk Kemang Square ke apa ntah namanya. Tempat tu macam business center baru lah, memang happening, banyak kedai makan, ada coolblog, ada tempat shopping , Pendek kata memang happening lah.

Lepas makan, ada la beberapa ahli rombongan yang pergi toilet semua, kami pun meneruskan misi kami pada hari tu.

Jam pun dah dekat pukul 1 tengah hari, jadi ayah kata kita gi solat dulu, zohor pun awal.

Maka kami pun pergi cari masjid, masa dalam perjalanan ke masjid tu, mama kami cakap        " alahai cuaca membimbangkan la"

Kan dah betul, sampai jer kat masjid, hujan pun mencurah-curah turun..kami semua mengeluh kehampaan ..cemana la nak gi rumah api, cemana lah nak mandi laut ni.

Apa-apa pun solat dulu, basah kuyup kami meredah hujan masuk ke masjid.

Lepas solat ayah bawa kami jalan-jalan dulu, kami ke PD waterfront .. lepak-lepak kat situ hampir sejam, hujan pun reda ..Yesss..nampak gaya ada harapan nak ke rumah api ni. 

Ayah pun pusing balik ke Tanjung Tuan...alhamdulillah cuaca baik 

Sampai rumah api, kena park kereta kat luar, kereta tak boleh masuk , kena jalan kaki masuk ke rumah api tu.

Masuk pagar tu , daftar nama dan bayar la.. bayaran masuk dikenakan RM1 untuk 12 tahun ke atas, kanak-kanak percuma . dah bayar tu , ready untuk tracking .
 





 
Ni lah jalan ke rumah api, rasanya jalan ni baru di tar, jadi confirm kasut tak kotor, 

Masa ni lepas hujan jadi keadaan agak gelap...jalannya pulak macam mendaki lepas tu berkelok-kelok camtu .

Masa kami naik tu, memang sunyi gila la...tak de orang lain, kami aje, jadi kami rasa agak gerun dan takut la..

Rupa-rupanya bukan kami je rasa takut , ayah dan mama pun rasa saspen jugak , ayah jumpa dahan kayu patah, terus ambik buat senjata, mana tau ada monyet ker, ular ke, orang jahat ke .


Nampak tak kayu kat tangan ayah tu..senjata mempertahankan diri la tu .hahaha.

Agak mengah jugak lah pasal jalan mendaki, ada 2 pondok berehat tapi kami tak berhenti rehat, jalan slow-slow. 

Jumpa seekor monyet , nasib baik dia tak kacau kami, dia pandang jer pastu tunjuk gigi.

Jalan lagi, jalan lagi......penat dah ni...

,,


,,,



,,,


Akhirnya........


Dah sampai!!!

Tapi kena menapak daki tangga la pulak ...

Bising sikit , ada bunyi benda leper tu berputar ...radar kot.
 

Benda leper tu atas menara yang rendah tu .
 


Mendaki, dan terus mendaki , penat wei..
 

Sampai akhirnya...tapi tak boleh masuk, sila la baca signboard tu 

Jadi dah tak boleh masuk , tawaf je la .. ikut je trail yang ada..

Ni la yang kami nampak di belakang rumah api tu.
 



Laut seluas mata memandang, sangat cantik.

Angin pun kuat , sejuk nyaman je rasa..tapi kat sini amatla sunyi pasal tak de orang lain, yang berbunyi cuma radar  berpusing tu jer 


Maka kami lepak la kat sini, bukak segala bekalan air, coklat , jajan yang ada..seronok jugak makan kat sini, angin kuat dan takde orang lain kacau..

Dah puas ambik gambar semua, kami pun balik lah .

Perjalanan balik dah senang dah pasal menurun bukit.

Masa balik baru lah terserempak dengan beberapa group pelancung yang lain, ramai jugak yang ke situ.

Sampai kat pintu masuk dan juga pintu keluar, terserempak dengan satu family tu , dia orang bawa mak mereka kot, dah tua dan agak besar badan nya ..Kami rasa makcik tu confirm tak larat panjat mendaki punya, kami yang muda langsing ni pun minta nyawa.

Pastu anak dia siap dokong baby dengan kasut tinggi lagi..hmm ni pun confirm pancit punya..

Hahaha..sedapnya mengata orang!!!

Alhamdulillah, impian kami terlaksana ..nanti kami cerita fakta-fakta menarik pasal tempat ni..ala google pun boleh tapi kami nak cerita jugak.

-3 boys -

No comments: