Rasa sangat gembira dapat pergi rumah api.
Dikhabarkan rumah api ni adalah salah satu rumah api yang tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi..Sayang tak dapat melawat waktu malam, kalau tidak, mesti dapat tengok pancaran lampu yang kuat dan terang tu.
Tapi dikhabarkan juga rumah api ni ada hants....hihihi...kalau tak silap pernah keluar dalam siri Detik 12 malam ..wartawan tu duk dalam rumah api tengah-tengah malam pasal nak buktikan betul ke ada orang perempuan menjenguk kat tingkap rumah api tu..
Ha ..nampak tak tingkap yang dikatakan ada awek menebengkan kat situ tengah-tengah malam buta .. agaknya tingkap tu la kot.?
Tapi wartawan dalam cerita tu tak ada pulak jumpa hantu ke apa . Tapi kami rasa kalau bangunan ni dah tua mesti la ada semangat penunggu nya ..tapi mama kami pulak kata mama ada terbaca blog ada satu uncle tu dapat tidur kat rumah api tu...tak de pulak dia cerita jumpa hantu ke apa ke...yang dia cerita , dia dapat naik menara rumah api tu dan pemandangan bapak punya cantik atas tu.
Apa-apa pun kami masih tak puas hati kenapa tak leh masuk dalam tu , bagi lah kan bukan nak rosak apa-apa pun. agaknya takut ada yang mati terjatuh dari menara kot ..tapi memang , jalan belakang rumah api ni , yang nampak laut terbentang luas tu , jalan dia sempit sangat pastu ada gaung , ngeri betul kalau terjatuh , sapa nak selamatkan?
Satu lagi yang menarik tentang rumah api ni pulak , ini lah tempatnya burung-burung pemangsa atau raptor melepak semasa penghijrahan merentas dunia, kalau nak tengok burung-burung tu semua kena tengok dalam bulan Mac-April setiap tahun...dikhabarkan boleh sampai 80,000 ekor melepak kat situ pada satu-satu masa...menarik kan ..Ayah kata boleh mark dalam kalender dan boleh ke sana lagi bulan Mac tahun depan.
Sori kami pinjam gambar google ni, agaknya camni lah kot bila musim burung-burung berhijrah tu. penuh dengan burung-burung berterbangan. Masa kami pergi hari tu kami nampak seekor je burung helang tapi tak sempat ambik gambar .
Fakta yang menarik lagi adalah laut yang seluas mata memandang tu rupanya menyimpan satu sejarah yang tersendiri.
Cantik kan laut ni, tenang je kan...rupa-rupanya di sini medan pertempuran 4 kapal perang pada zaman 1600an dahulu , cuba bayangkan kapal-kapal tu tengah berperang kat laut ni macam dalam cerita pirate of the carribean tu ..kebabommm meriam dari kapal.
Dan di dasar laut tu ada bangkai kapal perang bernama Nassau milik Belanda yang tenggelam masa perang tu pada tahun 1604 kalau tak silap..Ok bayangkan berapa banyak orang mati kat situ... ee ngeri juga kan.
Ada lagi rasanya yang menarik tentang rumah api Tanjung Tuan ni.. sebenarnya nak ke rumah api ni ada 2 jalan , satu ikut jalan yang bertar yang kami ikut tu dan satu lagi kalau tak silap ikut dalam hutan sambil berjungle tracking...rasanya yang jungle tracking tu biasanya mama kami kata kalau ada team building baru ikut jalan tu.
Begitulah kisah nya rumah api ni yang juga dikenali sebagai Cape Rachado ni...tapi yang kami hairan kenapa rumah api ni dibawah negeri Melaka padahal pintu masuknya dari Port Dickson Negeri Sembilan.
Jom fikir nak gi mana pulak cuti sekolah nanti.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment