Friday 4 October 2013

Jumaat datang lagi..

Salam..

Tajuk 'jumaat datang lagi' ni rasanya kami gunakan berkali-kali kot.

Tak ada idea nak pakai tajuk bagi menunjukkan gembiranya kami bila tiba hari jumaat.

OK hari ni dah jumaat 

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat harungi minggu yang sukar ini , sukar kerana ada satu kereta aje.   

Semalam ayah kami mengingkik angkut barang-barang untuk kereta 5 dari KL ke Seremban dengan komuter dan kami semua berharap kereta 5 sihat dan dapat discaj dari hospital petang ni. 

Kalau kereta 5 sihat bermaksud dapat lah kami berjalan-jalan esok. 

Kami rancang nak ke Rumah Api Tanjung Tuan , dengar cerita tempat tu ada "something" sikit.

Tapi bukan someting yang kami nak jumpa , hish selisih.. mama kata view kat puncak sana sangat marveles.. dan kalau nasib baik boleh nampak burung-burung antarabangsa yang suka singgah kat sana bila diaorang menjelajah merentasi benua. 

Wow, sound good..

Ala rasa rugi pulak takde DSLR ..DSLR yang musnah kena putar mesin basuh hari tu masih belum berganti .

Ala camera hp pun canggih jugak.. boleh test power camera phone Nokia Lumia 720 ayah....emm.     

OK ni preview rumah api tanjung tuan , semua dari ehsan uncle google..

 
 
 




Tapi kalau nak tengok burung-burung tu, raptor watch , kena pergi awak tahun , antara bulan 2 dengan bulan 4, masa tu dengar kabarnya beribu-ribu burung ada kat situ pada satu-satu masa. 

Ni dah bulan sepuluh ni , takde la burung kot. monyet adalah kot. 

Satu lagi tempat angan-angan nak pergi adalah Muzium Kota Lukut...tempat ni pun dengar kabar ada somting..he he..nak elakkan kena lah pergi pagi kan ..

Apa-apa pun harap kenderaan utama keluarga kami sihat-sihat sahaja.

Sekarang ni yang bawa kami ke hulu-ke hilir hanya kereta tua yang amat berjasa ini. 

 

Gambar google ni... sebiji camni lah...semalam pakcik bengkel tu test drive , dia kata dah macam motobot , ayah kata absorber dah kena tukar.

Tadi pulak sepanjang perjalanan pergi-balik sekolah , enjin dia asyik gegar-gegar je..mama kata minyak dia tak leh lepas , nanti mati enjin.   

Tapi tua-tua pun syukur lah... ini lah yang amat berjasa kepada kami , jauh bawa kami berjalan sebelum ayah beli 307 dulu. 
 
-3 boys -

No comments: