Monday, 7 October 2013

Aktiviti Ahad..mengubat kekecewaan

Salam,

Hati ada rasa sikit kecewa pasal tak dapat jalan-jalan dan tak dapat mandi laut.. Abang zahin pulak kecewa pasal tak dapat data plan yang diidam-idamkan.

Tapi petang Sabtu tu, kereta 3 pun siap dan pukul 9 malam pulak kereta 5 pun siap.

  

Kembar kereta 5 gambar google...si kacak dah sihat.

Lega rasa di hati.

Tapi rupa-rupanya di surau depan rumah kami ada program "Moh Kita Sihat"..pagi-pagi lagi ayah dah kejut suruh kami mandi dan join program sihat tu. 

Kami turun nak sarapan tengok ayah dah siap pakai t shirt free 'moh kita sihat' kaler biru dan dah stat nak join kembara 10,000 langkah.

Lepas sarapan kami pun mandi-mandi dan pergi la ke surau , yang pergi im dan azri jer.abang diva tak mo join.

Disebabkan dah lambat, azri masuk pertandingan mewarna je la.


Azri je yang join mewarna , abang im takmo join ..ramai makcik-makcik bertugas pujuk, im buat dek jer.
 


Dah naik siap.

Bila dah siap dan hantar, dua-dua dapat upah air tin.

Lepas minum , im dan azri terus la balik rumah, kami malas pulak nak berpanas-panas..dasarrr

  
Antara aktiviti yang ada..ada kena buat sandwich sendiri pastu makan..kami tak join pasal dah lambat...lagipun kami malu!!

Lepas tu kami berdua terus balik rumah dah stat main game, dah tak tau kisah apa yang berlaku. 

Yang kami tahu mama gi ke khemah saringan kesihatan tu dan masa menunggu giliran makcik bertugas cari mama dan hulur hadiah..rupanya azri menang tempat ke 2 mewarna..pehh caya lah.

Dapat la buku mewarna, sekotak pensil warna, sebuku sabun wangi, tisu dan sehelai tuala..happy..Alhamdulillah.

Petang tu bila program tu dah selesai, ayah pun dah balik, ayah ajak kami semua tengok wayang.

Dah lama tak tengok wayang ni..last tengok masa sebelum puasa lagi..lama tu..

Kami tengok ni


 
 
Boleh tahan jugak lah..jalan cerita simple sangat..

Malam tu mama belanja makan Ayamas Percik...

Pastu kami siapkan beg semua pasal esok dah stat periksa akhir tahun.

Walaupun apa yang dirancang tidak berlaku tapi kami happy dan enjoy , kami tak kecewa dah..lagipun ayah kata lepas periksa nanti boleh lah jalan-jalan gi PD..kereta 5 pun dah ok .
 
-3 boys -

No comments: