Thursday 10 October 2013

Tamatnya peperiksaan akhir tahun dan tiba masa bersantai-santai

Salam hari Khamis.

Semalam tamat sudah peperiksaan akhir tahun kami..lega...

Bermakna tak lama lagi tamatlah sesi persekolahan 2013 ..macam tak percaya je kan, taklama lagi abang zahin akan masuk sekolah menengah , im pulak tahap 2-tahun 4 dan azri akan masuk tahun 2.

Macam mana agaknya rupa abang besar pakai baju sekolah putih ? Ye la abang zahin dah pakai baju sekolah biru sejak tahun 3 lagi dan berkasut hitam..lepas ni merasalah abang basuh kasut, kalau nak tahu abang kami tak pernah basuh kasut sekolah hitam dia. kalau kotor cuma lap dengan kain buruk basah jer..pemalas lipas!!

Bila dah habis peksa ni, biasanya tak lama lagi cikgu mesti suruh kami stat kumpulkan buku teks semua ..dan pulangkan. 

Dalam hal ni , kami memang bergantung pada mama lah ..tiap-tiap tahun memang mama yang akan kumpulkan buku teks kami semua, pastu tengok balik list buku teks awal tahun dulu dan buat list baru.

Lepas pulangkan buku teks, kami secara rasminya dah tak belajar apa-apa lagi, masa ni cikgu benarkan kami bawa apa-apa game dari rumah.. boleh lah main game asalkan tak bising dan menghuru harakan sekolah. 

Beg sekolah pun ringan , tak payah le angkut beg sekolah yang berat 10 kilo lagi... 

Nak pergi sekolah pun terasa santai jer..kalau dulu bila jam dah pukul 7.05 minit , abang dah bising-bising suruh im dan azri masuk kereta dan suruh ayah cepat..tapi sekarang semua buat dek jer..macam pagi tadi, jam dah pukul 7.15 minit tapi kami semua masih tenang dan relax jer , makan bihun goreng pun slow-slow jer.

Pukul 7.20 baru masuk dalam kereta dan gerak..syok betul bersantai macam ni.

Cikgu-cikgu pun dah macam malas jer..mesti semua orang kat sekolah sekarang ni dah tak sabar nak tunggu cuti panjang. 

Kami pun tak sabar jugak ....Azri lagi la, tak sabar nak tunggu birthday dia, ye tak lama lagi birthday azri...seronok dapat makan kek. 

Ok tu jer .. kami tengah berdebar-debar nak tunggu apa hadiah ayah nak kasi kat azri, im dan abang zahin boleh tumpang sekaki..hihihi

-3 boys -

No comments: