Salam hari Isnin.
Tapi apa yang berlaku kami sekeluarga terstranded di rumah sendiri sepanjang hari Sabtu ..
Check punya check , tengok-tengok ada minyak petrol bocor, menitik bila stat enjin.
Aktiviti menggulung popia, mama dengan pembantu peribadi, tukang sapu gam .
Gulung banyak-banyak macam ni..
Dah siap pastu gunting ikut suka lah bentuk nya, panjang ke pendek ke ikut suka..
Masa nak gunting ada susah sikit pasal gulungan popia ni tebal , jadi tangan ada sikit sakit ..
Bila dah gunting , jadi lah camni rupa parasnya.
Ni tukang gunting popia, tekun buat kerja , teliti sungguh.
Bila dah gunting semua, goreng dalam minyak penuh, jaga jangan sampai hangus .
Pastu biarkan betul-betul sejuk.
Masa tunggu proses sejuk, popia goreng tu banyak jugak dah kena cukai!!
Tada... dah siap!!
Hujung minggu lepas mama dan ayah ada banyak plan..nak hantar azri gi klinik telinga, nak beli data plan untuk abang, nak bayar duit keta, nak tengok wayang ...bla bla bla...dan Ahad pulak nak ke Muzium Kota Lukut la Rumah Api Tanjung Tuan la....tapiiii.....
Tapi apa yang berlaku kami sekeluarga terstranded di rumah sendiri sepanjang hari Sabtu ..
Al kisah, pagi semalam lepas sarapan, ayah gi check kereta 3, kereta yang berjasa tu...kereta 5 pulak belum siap lagi.
Check punya check , tengok-tengok ada minyak petrol bocor, menitik bila stat enjin.
Ini boleh mendatangkan ketakutan..dah lah malam semalam masa kami ikut mama jemput ayah kat stesyen komuter , nampak ada satu kereta Mercedes terbakar , kat depan kedai donut. habis dah berlumur dengan tepung , api dah padam dah, kereta bomba pun ada kat situ.
Boleh nampak kat dalam kereta tu dah habis terbakar semua dah, hitam legam dalam dia ..kesiannya tuan kereta tu.
Jadi, kami tak mau la jadi camtu..ayah pun terus bawa kereta 3 gi bengkel. Pakcik bengkel kata petang baru siap..
Jadi kami sekeluarga terpaksa berlepakan di rumah saje lah..dah tak boleh kemana-mana dah..takde kereta ..sob sob sob..
Tak dapat le tengok wayang, tak dapat la belikan abang data plan, bawa azri gi klinik telinga, asyik komplen tak dengar jer...duduk le rumah.
Pastu ayah kata , plan ke PD esok pun cancel , tak tau apa status kedua-dua kereta kan..lagipun ayah kata minggu depan kan periksa akhir tahun... takpe kami redha.
Itulah kan ..namanya kita ni merancang jer..apa yang jadi semua kuasa Allah kan.
Oleh itu..untuk meredakan kebosanan dan kekecewaan tak dapat berjalan, mama ajak kami buat kuih popia gulung.
Kami suka kuih ni, hari tu mama beli, satu balang kecik jer, sekali hadap je selesai, tak puas , jadi mama kata jom buat sendiri, makan puas-puas.
Bahan-bahan sangat mudah, kulit popia pastu campuran nestum , horlick dan gula aising .
Jom tengok cara-cara buat ..
Mula-mula gulung popia, pakai lidi satay..baru senang nak gulung.
Gulung banyak-banyak macam ni..
Dah siap pastu gunting ikut suka lah bentuk nya, panjang ke pendek ke ikut suka..
Masa nak gunting ada susah sikit pasal gulungan popia ni tebal , jadi tangan ada sikit sakit ..
Bila dah gunting , jadi lah camni rupa parasnya.
Ni tukang gunting popia, tekun buat kerja , teliti sungguh.
Bila dah gunting semua, goreng dalam minyak penuh, jaga jangan sampai hangus .
Pastu biarkan betul-betul sejuk.
Masa tunggu proses sejuk, popia goreng tu banyak jugak dah kena cukai!!
Dah sejuk , gaul dalam campuran nestum, horlick dengan gula aising, emm nyummy ..masa proses gaul tu, pun banyak yang kena cukai, baik popianye, baik nestumnya ..semua kena cukai lah
Tada... dah siap!!
Sebungkus popia 50 keping dapat sebalang jer.. mama kata popia ni gulung ketat sangat, next time buat kena gulung longgar-longgar je ..lagi rangup.
Ketat camni keras sikit .
Hmm keras-keras pun , esoknya dah tinggal suku.
Hari ni sure selesai punya, kena buat lagi nih.
Begitulah aktiviti kami..
Bersambung......
No comments:
Post a Comment