Semalam kan hari lahir Azri, jadi hari ni kami nak cerita pasal sambutan hari lahir azri.
Cerita raya haji nampak gaya tangguh dulu lah..
Sambutan bermula hari Rabu malam Khamis , hari tu ayah cuti . ayah kata jom kita dinner sate.
Makanya bersate lah kami sekeluarga malam tu , siap dengan dessert .ayah beli aiskrim nih, coklat pecan apa ntah nama nye...
Sedap...siap ada kacang dengan coklat ketul-ketul dalam nye.
Esoknya kami semua sekolah macam biasa, sekali dengan kelas petang kafa..
Ni Azri masa lunch, muka tak sabar nak beli kek.
Masa mama jemput kami semua balik, azri sibuk lah ajak beli kek tapi mama buat dek jer..
Rupa-rupanya kek dah beli , tapi ada masalah nak letak dalam peti sejuk.
Kotak kek tu besar yang amat, tak muat masuk dalam peti sejuk, terpaksa keluarkan ...tapi mama takut rosak pulak ising dia , terpaksa cover dengan plastik camni.
Sori le , peti sejuk rumah kami sarat barat dengan segala macam benda..dah kemas pun macam tu jugak rupanya.
Habis tu bila mama buat dek je nak beli kek, azri macam tau-tau je dah ada kek, masuk je rumah terus terjah peti sejuk , wah terjerit azri tengok kek ...
Ini la kek idaman kalbu ..dah lama dah aim kek ni tapi mama dan ayah suruh tunggu birthday baru dapat.
Muka sangat happy...
Keknya besar sangat , kek tu ada 2 layer, coklat dan pandan, rasanya boleh tahan sedap la.
Patung-patung tu semua memang patung betul...mulanya ayah ingat boleh makan..rupanya plastik jer.
Pagi tadi mama pack kek tu , suruh azri bawa ke sekolah , bagi kawan-kawan rasa kek birthday azri .
Begitu lah adanya kisah sambutan birthday Azri, simple dan untuk kita-kita ajer.
Mama dan ayah kata bila dah umur 7 tahun ni, azri dah tak boleh lasak-lasak lagi, dah tak boleh tido merata kat sofa pastu tu mama atau ayah angkat masuk bilik, dan paling penting dah tak boleh datang bilik mama tengah-tengah malam dah menyelit tido celah mama dan ayah ..awak tu dah bujang.
Dan masa balik dari sekolah tadi, azri dah kemas semacam je...dah tak selebet-selebet lagi..bagus lah adik kami ni.
OK tu jer kisah birthday adik bongsu kami, nanti kami cerita sambungan kisah raya haji la pulak..
Ala hari raya haji yang simple je, tak de ke mana , layan movie bodoh kat Astro jer.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment