Hari ni nak cerita pasal majlis aqiqah Aydan .
Aydan ni baby baru Makjah , mama cerita susah betul Makjah nak dapat Aydan ni , mama kata Makjah gugur sampai 3 kali sebelum betul-betul dapat Aydan ni.
Ni Aydan , nama penuh dia Farish Izzat Aydan
Sempena kelahiran Aydan, Makjah nak buat majlis kesyukuran dan aqiqah , disebabkan rumah maktok pun dah lama tak buat apa-apa kenduri , maktok rancang nak buat kenduri besar-besar sikit .
Macam-macam maktok rancang, siap dengan bunga telur , rancang menu dah macam nak buat majlis nikah Aydan.
Tapi tu lah...agaknya maktok sibuk sangat dan Allah nak maktok rehat agaknya , malam sabtu minggu lepas, maktok jatuh dalam longkang, terus tak boleh jalan .. kami ada cerita dalam post "semoga maktok cepat sembuh".
Dah jadi camtu , maka semua urusan kena dipikul oleh mama adik beradik.
Alhamdulillah kenduri berjalan lancar dan sempurna.
Pagi Ahad tu subuh-subuh lagi kami dah disuruh bangun , tolong angkat kerusi meja dan bentang karpet. dah siap kami kaum kanak-kanak turun sarapan nasi lemak dan mandi bergilir-gilir , tukar baju cantik siap-siap.
Im kan balik seremban dengan mama jadi pukul 8 lebih sikit dah sampai rumah tokbah dengan baju cantik .
Majlis bermula pukul 11.00 pagi dengan kumpulan berzanji, pastu marhaban sambil potong jambul cinonet Aydan tuh.
Pukul 10.00 mama dan mak-mak sedara lain dah stat hidangkan kuih muih dan minuman , ada kuih popia, koci, karipap.
Kekuih yang sedap-sedap..
Pukul 11 pagi, kumpulan berzanji pun stat la berzanji dan bermarhaban .
Menangis jambul cenonet kena potong , abang zahin jadi orang kuat bawa dulang isi buah kelapa. Abang besar dah lebih tinggi dari Makjah dah.
Lepas potong jambul..kumpulan zanji tadi stat baca yassin, baca doa selamat dan tahlil ringkas.
Lepas tu semua orang stat makan. Lauk pun sedap-sedap..hasil masakan Uncle Nasir..caterer terkenal kat jelebu nih.
Lauk-lauknya kari kambing meletops, ayam goreng ala KFC, kerabu mangga, sohon masak lemak, sambal tempoyak terangkat ..pehh semua sedap..
Paling special ada lai chi kang, makjah . makjah yang masak..sejuk je masuk dalam tekak masa tengah panas berdenting tu.
Ramai juga tetamu yang datang, penuhlah semua khemah-khemah kat porch tokbah tu .
Semua tetamu dapat buah tangan dan dapat bekal lauk bawa balik .
Maktok dan tokbah pun happy majlis berjalan lancar.
Petang tu kami tunggu sampai semua tetamu jauh dan dekat balik, bapa-bapa sedara dan kazen-kazen yang besar-besar ni cepat-cepat kemas meja , lipat dan susun kerusi semua .
Lewat petang baru kami bertolak dan sampai seremban sebelum maghrib.
Ada sesuatu berlaku masa perjalanan balik..tiba-tiba kereta 5 tersengguk-sengguk , ayah hairan la..lepa singgah Giant terus lah balik rumah..sampai jer rumah tengok-tengok ada minyak apa ntah bocor . habis menitik sepanjang jalan.
Esoknya mama terpaksa hantar ayah ke stesyen komuter jam 5.30 pagi dan hantar kami semua pulak ke sekolah.
Hari ni kereta 5 masih di bengkel..masih belum sembuh lagi. Harap semuanya baik-baik sahaja untuk kami semua.
Semua gambar-gambar adalah dari kamera uncle jay ..terima kasih uncle jay
No comments:
Post a Comment