Thursday 3 October 2013

Minggu ni macam-macam hal berlaku

Salam,

Minggu ni adalah minggu yang memenatkan untuk mama dan ayah kami.

Kereta 5 rosak dan masih dalam bengkel, maknanya kami bergerak dengan satu kereta saje iaitu kereta 3 yang sungguh berjasa tu. 

Hari isnin dan Selasa, ayah ada worksyop , jadi mama akan hantar ayah ke stesyen komuter jam 5.30 pagi dan cepat-cepat balik rumah, siapkan sarapan, kejutkan kami semua dan hantar kami ke sekolah pulak.

Tengahari , mama jemput kami , pergi makan dan hantar kami balik rumah pulak.

Petang pulak jemput ayah dari stesyen komuter.

Hari Rabu, ayah dah habis worksyop , hantar ke stesyen komuter dalam pukul 8 lebih pastu mama pergi kerja , pukul 1 jemput im , azri dan abang besar pastu petang hantar gi ngaji pulak , habis kerja mama jemput kami semua dari ngaji dan pergi stesyen komuter ambik ayah la pulak.

Kesian mama, mesti penat sangat.

Dan kemuncaknya berlaku hari ni. pagi tadi masa dalam perjalanan ke sekolah, kami dah komplen pasal ada bau minyak petrol . lepas hantar kami, mama hantar pulak ayah ke stesyen komuter, mama cerita ayah bukak lah bonet, chek apa yang bocor, tengok-tengok ada minyak petrol meleleh-leleh ...besar bocornya.

Patutlah 2-3 hari asyik dok kerja isi minyak jer..bocor rupanya.

Terpaksalah mama hantar kereta 3 ke bengkel...petang pulak baru siapnya..terpaksa lah mama pergi kerja naik teksi pagi tadi.

Tengah hari tadi mama terpaksa minta tolong auntie sherry tolong ambik im dan azri..kebetulan abang ada kursus komputer . balik pukul 5 nanti.

Hampir pukul 5 abang call beritahu dah boleh jemput..mama call la teksi.

Berbondong-bondong la kami naik teksi tadi..dengan beg sekolah im dan azri, beg laptop mama lah ..siap dengan beli makanan Min, coklat nestle crunch pun ada.

Minta teksi hantar ke bengkel tapi singgah ambik abang dulu.

Abang terkejut ke tetiba tengok teksi yang sampai..selamba je dia buka pintu teksi dan tanya kenapa naik cab .. laa mestilah kereta rosak..

Sampai bengkel, tengok keta 3 belum siap lagi..melepak lah kami kat bengkel tu..dah le takde kerusi, terpaksa duduk atas simen kotor tu...lantak ler.



Kesian kan...

Sedih ayah tengok gambar ni...sabar..sabar...

Nasib baik mama beli banyak coklat crunch tu, abang zahin dah lapar giler ...dapat la alas perut..

Dekat 1/2 jam jugak tunggu, siap akhirnya.

Ayah pun dah naik sampai seremban..kami terus ke stesyen komuter ambik ayah.

Ayah lagi kesian, kena angkut barang untuk baiki kereta 5 ..berat giler dengan minyak gear 7 liter naik komuter..kesian ayah.

Kami terus hantar barang tu semua ke bengkel uncle suhail ....pastu gi kfc..tapau.

pehh letih betul hari ni ..baca ni pun penat apa lagi alami sendiri.

Hai cepat lah sihat semua kereta ..angan-angan nak gi berjalan-jalan..sempena dah habis UPSR ni.

Tengok lah camne ..kalau jadi kami gi jalan-jalan..semestinya akan tercatat dalam diari kami ni..untuk kenangan masa depan ken... 

-3 boys -

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah dalam cabaran, banyak kemudahan kami rasakan juga