Monday 2 September 2013

September...UPSR aku datang.

Salam hari isnin 

Hari ni dah 2 September, bila masuk je bulan 9 ni, lutut terus jadi ketar 

ye la UPSR - 9 hari je lagi 

Murid tahun 6 semua dikecualikan dari semua aktiviti sampingan..dan diwajibkan semua kelas-kelas tambahan.

Sabtu lepas di kala semua orang bercuti ria dan melepak depan tv tengok perarakan merdeka , abang dan kawan-kawan kena hadir kelas tambahan. Kelas tambahan hari sabtu tu ada lagi sampai sabtu minggu depan.

Nasib baik kelas tusyen dah tamat ..penat betul.

Weekend hari tu kami tak gi tengok wayang, ada ke patut cerita Elysium tu rated 18 ..camne nak gi tengok ? apa yang ganasnye...

Terpaksalah tunggu makcik beli dvd.

Semalam kami baru ada masa tengok dvd cerita Snow White and the Huntsman .. ketinggalan keretapi betul.

Semalam im dan azri dapat kontrak basuh kereta ayah ..full pakej siap basuh tayar ...dan dapat gaji !!

 
 Im dan gaji pertamanya.

Tapi kena bahagi 2 dengan azri .

Yang bestnya im jadi mandur, azri pulak jadi pekerja, sepanjang masa basuh kereta tu, kedua-dua mandur dan pekerja ni tak habis-habis bergaduh , ayah kata macam chipmunk je.

Kejap mandur bagi arahan , pekerja tak ikut, mandur marah pastu pekerja pulak marah pasal mandur kacau kerja pekerja ..begitulah sampai kereta siap cuci ..pastu mandur dan pekerja ni dua-dua basah kuyup ...mandi terus kat situ.

Tapi sebenarnya tu bukan gaji pertama im , hari sabtu im dah dapat gaji pertama dari mama, upah basuhkan kasut sekolah azri ..dapat rm5.

Nampaknye lepas ni im dan azri lebih suka kerja dengan ayah la..ayah bagi gaji besar , kerja dengan mama dapat gaji kecik jer. hihihi

Minggu ni kami sepatutnya stat mengaji , kami akan mengaji dengan nenek yang duduk setaman dengan rumah Tok Su Hafsah .

Semalam kami semua ke rumah Tok Su ...mama kata ikut tradisi orang dulu-dulu, mak bapa kena serahkan anak-anak kepada guru mengaji secara simboliknya.

Maka semalam kami semua ke rumah Tok Su dan kami telah diserahkan kepada nenek ngaji tu oleh mama. lega sikit pasal nenek ngaji tu tak nampak macam garang, kecik je orangnya .mama kami kata macam sais badan arwah Tok Nek . 

Kami ni dah kira jauh ketinggalan mengaji ni. azri baru iqra 2, im baru iqra 6, belum baca quran lagi..abang pulak baru juz 3 rasanya..kawan-kawan abang ramai dah khatam quran dah ..

Mama kata takpe , kita slow-slow mengaji, biar lambat asalkan khatam quran...daripada khatam quran cepat tapi sebenarnya tak tau baca pun...

Hari ni kami kafa macam biasa.. dan sibuk nak hari sukan.

Raya pun dah habis la kiranya..semalam abang gi rumah asyraf, last kopek open house raya, dapat lagi duit raya rm5 ..yahoo

see you..
 

-3 boys -

No comments: