Tuesday, 10 September 2013

UPSR-Day 1

Salam Selasa...

Hari pertama UPSR, hari ni ada 3 papers...BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2, Habis periksa semua pukul 1.00 tengah hari. 

Murid tahun 6 ada peperiksaan, murid tahun -tahun lain dapat cuti free secara giliran. Esok hari Rabu , im akan bercuti , azri sekolah dan hari Khamis nanti, azri akan cuti dan im pulak sekolah.

Tapi azri beritahu mama , cikgu dia suruh cuti jer, tak yah gi sekolah pasal cikgu bertugas. Memandangkan kawan-kawan sekelas azri ramai yang ganas-ganas, ada yang tendang kepala azri masa azri tunduk ambil pensil jatuh, maka azri dicutikan untuk 3 hari ni.    

Pagi tadi, abang dikejutkan awal dan disuruh mandi awal, supaya sempat solat subuh...selalunya abang solat subuh bila dah terang hari. * subuh gajah

Alhamdulillah , pergi ke sekolah dengan tenang..yang pergi sekolah abang dan im jer, azri tidur lagi tu ..sampai agak awal , terus ke surau untuk bacaan yassin .

Lepas baca yassin baru semua masuk ke dewan untuk peperiksaan ...berdebar-debar rasanya. Tapi mama dah pesan, baca selawat dan alfatihah banyak-banyak untuk bagi ketenangan.

Alhamdulillah juga, semua soalan abang dapat jawab ... betul ke tak tu tawakal je la.

Esok hari ke 2 pula....im dan azri nampaknya dapat cuti free la sampai hari khamis nanti , masing-masing nampak macam malas je nak ke sekolah ..lagipun memang ramai yang tak sekolah pun tadi..kantin pun lengang jer.

Esok ada satu paper je, matematik kertas 1, pukul 9.15 pagi selesai dah, tapi cikgu kata kelas jalan macam biasa, cikgu akan buat revision untuk Sains dan BI, balik macam biasa pukul 1.35 petang .

Ok tu jer 

-3 boys -

No comments: