ESOK UPSR!!!!!!
Akhirnya yang ditunggu-tunggu tu dah tiba dan esok lah penentu ke mana abang nak sekolah Tingkatan satu nanti.
Hari Jumaat lepas sempena nak peksa UPSR ni , sekolah KGV adakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk semua pelajar tahun enam. Kedatangan adalah diwajibkan.
Majlis bermula pada pukul 7 petang. Sejak mula lagi dah diputuskan bahawa mama akan temankan abang untuk majlis itu nanti dan ayah akan tinggal di rumah temankan im dan azri. Lagipun ayah kan kerja kat KL , mana sempat nak bersiap untuk ke majlis.
Plan asal, mama balik dari ofis awal sikit, terus beli dinner pastu balik rumah dan bersiap , ayah sampai je, mama dan abang terus ke sekolah, Ayah , im dan azri duduk rumah dan dinner di rumah dengan makanan yang mama dah beli tu. Mama dan abang akan dinner kat sekolah.
Apa yang sebenarnya berlaku .....ayah kami balik lambat !!!..ayah suruh mama bawa kami semua ke sekolah dan tunggu ayah kat tempat parking untuk ayah ambik im dan azri.
Menanti ayah dengan sabar ..masa ni dah pukul 7 lebih sikit, masih terang lagi..
Tunggu dalam 10 minit lebih camtu, mama bawa kami masuk dalam kawasan sekolah, im dan azri rasa malu pulak pasal budak-budak lain yang datang semua segak berbaju melayu.
Kat dewan dah ramai orang...tak lama lepas tu ayah call beritahu 5 minit lagi sampai, jadi mama bawa kami tunggu ayah kat pintu gate besar.
Menunggu punya lama , dari terang dah jadi gelap dan dari ramai orang sampai dah takde orang, semua dah pergi ke Dewan ..tunggu lagi sampai azan maghrib, ayah tak jugak sampai..Last-last mama bawa kami ke dewan dan terus sembahyang
Mama dah lambat , dapat sembahyang kat belakang sekali ...tak lama lepas sembahyang , ayah pun sampai dan bawa im dan azri balik.
Lepas solat maghrib berjemaah, ada solat hajat dan terus bacaan yassin..habis je baca yassin..terus solat Isyak berjemaaah.
Abang solat sekali dengan kawan-kawan, sebenarnya masa baca yasin tu, abang ada cuak sikit..teringat kawan-kawan cerita pasal kakak yang mengilai kat Blok A tu, takut jer tetiba terdengar bunyi mengilai ke...
Alhamdulillah tiada apa berlaku sampai habis majlis.
Habis majlis , ibu bapa semua makan kat kantin, abang dan kawan-kawan makan je kat dewan ..sangat lapar dan dahaga sebab pak imam tu baca doa dan surah panjnag sangat..mana taknya pak imam tu memang Imam Masjid Negeri ..bukan calang-calang tu...
Gambar curi ...diambil tanpa disedari oleh abang.
Abang nampak je mama tengah ambik gambar, cepat-cepat abang bangun..malu wooo..walaupun semua tu bff abang tapi segan jugak.
Esok abang dan kawan-kawan akan hadapi UPSR..harap abang dan kawan-kawan dapat 5A dan kami dapat sama-sama satu sekolah menengah nanti..
Doakan kami semua berjaya ye...Daaa
-3 boys -
No comments:
Post a Comment