Mengaji hari isnin dan selasa je pukul 9-10 malam .
Tetiba abang Hambali pindah pasal rumah tu abang dia nak jual ..
Lepas pada tu kami dah tak mengaji lagi.
Bukan mama kami tak cari guru mengaji tapi masa semua tak sesuai , ye la payah juga nak cari masa yang sesuai pasal kami setiap hari isnin, selasa dan khamis dah ada kelas kafa.
Baru-baru ni mama kami dapat satu guru mengaji , satu taman dengan moyang saudara kami. Nama kami tak tau tapi kami panggil nenek .
Tu pun terpaksa tangguh juga pasal nak tunggu abang zahin habis UPSR.
Ni UPSR dah tamat , hari ni tiba lah masanya kelas pertama mengaji kami.
Kecut perut , pasal dah lama sangat kami tertunggak mengaji ,
Abang zahin dah juz 2 , Im pulak iqra 6 dan azri Iqra 2 tapi rasanya semua tu kami kena ulang semula ..dah lama tak mengaji, semua dah lupa .
Jadual kelas mengaji kami , setiap petang Rabu dan Jumaat , dari pukul 5 sampai 7 malam.
Buat masa ni setiap hari kami terpaksa menumpang di ofis mama dan mama hantar pukul 4.50 petang nanti.
Nanti bila mama stat ofis sendiri , kami akan duduk rumah dan pergi mengaji dari rumah jer...
Buat masa ni kami keboringan kerana terpaksa melepak di ofis mama , bosan pasal tak ada apa nak buat. nak main komputer mama tak bagi, nak main handphone pulak , berebut pulak kami bertiga.
Tak sabar tunggu mama stat ofis sendiri, kami lebih selesa duduk rumah.
Nanti kami cerita pengalaman pertama kelas mengaji kami..
-3 boys -
No comments:
Post a Comment