UPSR - 7 hari saje lagi.
Setiap hari sekolah, kami akan bangun secara bergilir-gilir dan mandi pun bergilir-gilir .
Dulu kami boleh guna bilik air bilik mama dan ayah tapi sekarang ayah kami dah kerja, bilik air tu dah tak boleh guna dah sebab kalau ayah kami dah masuk guna bilik air tu, alamat berjam-jam lah baru siap mandi...ye ayah kami guna bilik air lama gila..mengalahkan anak dara mandi!!
Mama kami adalah orang pertama bangun dan mandi, lepas tu mama akan siapkan baju-baju kami atas katil, pakej lengkap..siap letak bedak, sikat dan minyak rambut..malah seluar kecik, singlet dan stokin pun siap bersusun.
Maka tugas kami hanya mandi sahaja dan pakai sahaja, semua dah ready atas katil..no hal, no problem.
Biasanya Im orang pertama bangun dan mandi, lepas tu abang besar dan last sekali Azri .. im bila dah siap, im akan turun brekfes siap-siap, lepas tu baru semua turun minum pagi.
Oh! brekfes pun dah siap terhidang , juga pakej lengkap, mug, pinggan , sudu garfu semua siap...kadang-kadang tu siap disendukkan lagi, air milo pun dah siap-siap dituang dalam mug.
Tugas kami cuma duduk dan makan sahaja ..no hal , no problem..
Semalam mama kami bangun lambat...terjaga bila dah azan subuh ..hahaha...
Mengelupur bangun dan berlari ke dapur , siap dah plan nak masak maggi goreng ...nak makan roti je, roti tinggal 2-3 keping jer.
Merasalah kami bangun sendiri dan ambik baju sekolah, stokin, singlet , seluar kecik, bedak, sikat sendiri ..kelam kabut sungguh .tu yang stokin cair pun keluar sekali, seluar kecik pun tertukar sekali ..hish .
Tu la pentingnya mama kami kan..
Dalam pada lambat bangun tu, sempat juga hidang maggi goreng dan milo panas untuk kami, semua siap dalam masa 20 minit , pukul 6.30 mama dah naik atas solat dan sempat lagi siapkan baju untuk azri. bravoh!! hihi puji mak sendiri.
Dah siap semua, ayah akan hantar kami ke sekolah , pastu ayah pun gi kerja.
Masa balik pulak, mama akan datang teman kami makan kat kantin bila ada kafa dan jemput balik rumah lepas kafa.
Sampai rumah, biasanya sempat lah kami semua main bola dalam 20-30 minit pastu mandi.
Begitu lah rutin kami hari-hari.
Oh tak sabar tunggu abang kami habis peksa. dah boring sangat ni setiap hujung minggu tak berjalan ke mana ..habis peksa nanti baru boleh jalan...
Kami n jenis tak kisah, balik kampung pun dah kira pergi berjalan..cukup happy dah.
No comments:
Post a Comment