Thursday, 5 September 2013

Berakhirnya Syawal dan permohonan ke sekolah menengah

Salam hari Khamis..

UPSR- 6 hari lagi

Esok 30 Syawal...maka berakhirlah bulan syawal yang kita nanti-nantikan setiap tahun. 

Dinanti-nantikan kerana masa ni lah nak kumpul duit raya banyak-banyak dan masa ni lah dapat pergi rumah kawan-kawan..kalau tak kerana raya rasanya kami tak kan dapat duit raya dan tak akan dapat redah je rumah kawan-kawan.

Cuma raya tahun ni kurang meriah sikit bagi abang zahin, camne nak raya sakan kalau hati duk dup dap dup dap teringat nak peksa. 

Semalam selesai sudah permohonan ke sekolah menengah ..ni untuk SBP dan juga sekolah program khas..maknanya hanya layak masuk sekolah tu kalau dapat 5A . 

Permohonan pakai online jer...mama kami isi masa mama kat ofis, isi sambil dapat guide dari abang melalui phone.. 

Ada 4 sekolah sahaja yang boleh dipilih mengikut keutamaan....maka mama ayah dan abang telah sepakat memilih :-

Keutamaan pertama - Sek Men KGV -aliran Sains
Keutamaan kedua- Sek Men KGV -aliran agama
Keutamaan ketiga- Sek SHAMS-aliran agama
Keutamaan keempat-SDAR -aliran sains

Abang terpaksa pilih SDAR sebagai pilihan terakhir kerana SDAR sekolah asrama penuh..kena tinggal di asrama walaupun rumah mak bapak sebelah sekolah jer..

Abang tak sanggup!!

Sapa nak kejutkan abang bangun pagi-pagi?

Sapa nak kemaskan katil, siapkan baju seluar semua, kasut, stokin?

Dan yang paling penting, abang mana tahan mandi air sejuk!, lahir jer dah mandi air panas sampailah dah besar panjang ni...kadang tu dah matahari naik pun mandi air panas lagik.

Abang tak kisah sekiranya dapat masuk Sek KGV aliran agama pun, mama pernah cakap dengan abang , ayah dengan mama pernah berbincang dulu, kalau ada anak lelaki, salah seorang nak dididik sampai masuk Universiti Al Azhar.

Insya Allah , mana tau ada rezeki abang dapat masuk Universiti Al Azhar , dapat hafal Quran sekali ke...rasanya masa tu Mesir dah aman stabil la ..tak le berperang macam sekarang ni. 

Mama dan ayah pernah kata, kalau boleh salah seorang jadi lah doktor...hish berat harapan mama dan ayah kami tu ..sapalah agaknya nak jadi doktor kan..im dan azri nak jadi komandor Abang? 

Doakan abang dapat 5A nanti ye..kalau tak dapat ...rasanya dapat sekolah PZ kot, tak pun Seri Ampangan, ngeri sikit pasal ramai kata dua sekolah ni ada masalah disiplin .

Apa-apa pun yang penting sena selesaikan UPSR dulu, pastu baru boleh cerita.

Minggu depan abang UPSR..doakan abang mudah jawap soalan nanti.

Lepas selesai peksa nanti , tak sabar nak balik kampung, tak kira lah kampung Tokbah ke atau kampung makcik, yang penting balik kampung..

Rasa boring sesangat dah ni, terperap dalam rumah je tak kemana.  

-3 boys -

No comments: