Semalam hari yang sangat sibut bagi kami , semalam ada kem bistari solat untuk tahun 1,2 dan 6, hari selasa lepas pulak kem bistari solat untuk tahun 3,4 dan 5..peh..letih !!
Nasib baik semalam tak de ngaji, wan ngaji mc...selsema.
Ada sapa-sapa pernah naik go-kart? kami tak pernah .
Tengok gambar ada la..tengok trek ada la..yang dekat PD tu tapi tak pernah ada peluang nak naik. Ayah kata bahaya juga go-kart ni..ada kes orang dewasa mati patah leher accident go- kart dan mama cerita ada kes budak perempuan lumpuh rambut dia tersepit kat go kart ni.
Hari Sabtu lepas dapat lah kami peluang naik go-kart ni tapi bukanlah go-kart bahaya orang dewasa punya tu, go-kart baby jer.
Kami gi jalan-jalan kat Aeon Bic Forest Height, ayah nak cari wiper.
Masa tengah parking ayah ternampak ada satu khemah dengan banner "children go-kart" , tak de orang pun kat situ, yang ada sorang abang bangla penjaga khemah tu.
Ayah tanya nak try tak, masing-masing malu-malu cuma im aje kata boleh lah..
Kami pun pilih lah mana sesuai, disebabkan kami ni first timer, ayah pilih yang paling slow..
Memang confirm baby punya go-kart
Ok lah , azri dan im dapat handle dengan baik , kalau tekan minyak tu kuat-kuat agak laju jugak la..kereta ni tak de brek, lepaskan aje minyak tu , stop la dia.
Im naik dulu pastu baru bagi azri, azri dapat 2-3 round pastu bagi kat im balik
Abang tak mau naik, malu-malu agaknya padahal takde orang lain pun.
Im seronok sangat , rasa macam naik kereta betul , mula-mula bawak slow jer, pastu baru bawak laju-laju, tapi bila dah biasa terasa lembab giler kereta ni....tak de cabaran langsung .
Nanti bila-bila nak bawak yang betul-betul go-kart punya, barulah ngam..
Dah puas main , kami pun pergi lah shopping ...
Sekejap je pun naik go-kart ni, mahal....Rm10 untuk selama 15 minit sahaja.
Bila kami semua puas naik dan nak bagi balik kereta kecik ni kat abang bangla, ada lah sorang ni teringin jugak nak naik.....dapat lah 2-3 round..hik hik hik
Dah..semua dah naik, jom masuk dalam mall..panas berdenting nih..
Begitulah cerita naik go-kart kami.
Bila kami semua dah besar-besar sikit, boleh lah naik go-kart betul pulak, dan boleh lah nak race ke apa ke.....
Ok tu je la....hari ni kami ada kafa , hari ni pulangkan semua buku teks kafa...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment