Hari ni last UPSR....abang dah MERDEKA!!!!!
Macam tak percaya jer, lepas ni dah tak de balik lambat pukul 2.30 petang tu, hari sabtu pun dah takde kelas tambahan dan paling best, malam selasa dah tak payah gi tusyen dah.
Paling best , lepas ni dah tak de suara mama " abang , dah buat revision?" , lepas tu pantang pegang laptop terdengar le suara " abang, gi study, UPSR tak lama lagi, berkorban lah sikit untuk masa depan". adeiii, lepas ni aman sikit dunia abang.
Lepas ni dah boleh lah kami gi jalan-jalan tidur hotel ..tahun ni paling kurang kami sekeluarga berjalan-jalan tidur hotel .semuanya kerana abang ada UPSR..maka lepas ni dah takde halangan ...ayah..jom gi tido hotel.!
Hari last ni amat memenatkan , ada 4 kertas hari ni, Sains, English kertas 1, English Kertas 2 dan ujian aptitud..
Habis jer kertas last tadi sebelum ujian aptitud, kawan-kawan abang ramai yang jerit Merdeka!!! tetiba ustazah roshida nak marah-marah...ye la ustazah mana ada merdeka kan, tahun depan dia kena mengajar lagi budak tahun 6..kesian, jeles le tu.
Kertas aptitud tadi stat pukul 2.30 petang , jadi semua tahun 6 tak balik rumah tadi, makan ramai-ramai kat kantin pastu terus masuk dewan untuk ujian aptitud.
Lepas ni abang boleh enjoy, enjoy la untuk 1-2 bulan ni sebelum result UPSR keluar...pastu baru lah tau sekolah menengah mana abang masuk nanti .
Ha ini gambar budak kantoi, rupa-rupanya bila dia duduk rumah , dia gi berdating rupanya...ni tertangkap berdating atas pagar...
Masing-masing memandang macam tak de apa-apa.
Agaknya asyik dating, si Min demam 2-3 hari ni...semalam seharian dia tak makan dan minum , kurus dah perut dia. Mama kata tengok sabtu nanti , kalau masih camtu, kena bawak jumpa vet...
Malam ni ayah kata nak belanja Mc D , mama la paling happy, tak payah masak.
Esok sekolah macam biasa....tapi pergi sekolah santai-santai je la.. yang pasti lepas giliran im dan azri kena buat revision, im dan azri ada peperiksaan akhir tahun.
Lepas ni laptop abang akan conquer sepenuhnya .yahoo ..
MERDEKA !!! MERDEKA!!!! MERDEKA !!!!
-3 boys -
No comments:
Post a Comment