Thursday 19 September 2013

Mengaji- First Class

Salam Hari Khamis,

Semalam kelas mengaji pertama kami semua.

Dah hampir 7 bulan tak mengaji, kami hampir-hampir lupa semua bacaan.

Semalam kami semua melepak di ofis mama, dalam pukul 4.30 petang camtu, mama suruh semua pergi fresh up, ambik wuduk dan tukar baju.

Semua pakai baju melayu tapi dengan seluar sekolah je la. Dalam kereta kami semua berdebar-debar..takut cikgu mengaji tu garang.

Sampai je rumah cikgu mengaji tu, tengok-tengok dah ramai budak-budak lebih kurang sebaya kami dah stat mengaji .. cikgu mengaji ada 2 orang, 1 Atok dan 1 lagi Wan.. Kedua-duanya nampak garang giler....waaawaaa

Lepas bawa kami masuk, mama pun balik ofis dia balik, tinggal lah kami semua sendirian kat sini.

Tak lama lepas tu , azri dipanggil untuk mengaji , mengaji depan wan tu.. walaupun dah lama tak mengaji, Alhamdulillah azri dapat baca iqra 2 , walaupun ada sangkut-sangkut sikit , Wan ngaji kata nanti nak suruh azri ulang .

Lepas tu tiba giliran im, masa baca iqra 6, suara im tetiba jadi halus dibawa angin ..tak boleh nak kuat pasal im tak biasa..segan pun ada...takpe lah first class katakan...

Wan ngaji kata im boleh baca, lancar tapi kena ulang baca dulu iqra 6 sebelum boleh naik Quran...

Last sekali tiba giliran abang, dulu masa dengan abang Hambali, abang zahin dah juz 2....tapi dah lama tak ngaji, wan suruh abang ulang semula dari juz 1 ..dapat jugak abang baca ..boleh lah tahan lancar.

Tengah abang ngaji, tetiba mama sampai , masa tu dah pukul 6, 

Lepas tu kami semua balik la rumah.

Lega dan seronok rasanya ..

Kelas kedua nanti esok petang, memang ambik kelas 2 kali je seminggu, hari rabu dan jumaat..hari yang takde kafa.

Mama kami kata cuti sekolah nanti boleh ngaji hari-hari , cepat sikit khatam quran.  

Cuma satu lah .kami dah tak boleh lepak kat rumah lagi....duduk kat ofis mama je sampai time mengaji.

Tak sabar tunggu mama stat ofis sendiri.
    
-3 boys -

No comments: