Friday, 13 September 2013

Jumaat yang santai.

Salam Jumaat..

Hari ni abang zahin pergi sekolah dengan perasaan yang sungguh gumbira.

Hari ni tak yah belajar, cikgu suruh pakai baju sukan dan kemas dewan , kemas kelas ..selebihnya abang zahin dan kawan-kawan habiskan masa dengan berborak-borak saje.

Lepas ni pelajar tahun 6 akan belajar pelajaran bukan teras sahaja macam pendidikan islam, kemahiran hidup, kajian tempatan, siviks sahaja.

Bila exam akhir tahun nanti, budak tahun 6 akan peksa pelajaran bukan teras je..senang hidup.

Tapi im dan azri kena study, im dan azri kena ambik exam akhir tahun.

Abang dah relax dah, ambik peksa pun nanti main-main jer...ala bukan penting pun.

Malam tadi sempena dah habis peksa, ayah belanja makan kat Mc D...jadi tadi dah tak boleh berspecial friday, kami makan kat mamak jer.

Balik rumah tadi , hujan selebat-lebatnya , mama sangkut lah tak dapat balik ofis..hujan reda sikit, ada pulak cina datang tukar blind dapur ..ganti blind lama yang dah umur 9 tahun tu.

Hujung minggu ni cuti 3 hari...yahoo...isnin nanti cuti am untuk hari Malaysia .

Kami balik kampung jasin nanti ..best , dah lama tak jumpa makcik . 

-3 boys -

No comments: