Monday, 28 October 2013

Hidup kini lebih ceria

Salam Isnin

Alhamdulillah hidup kami tiga beradik kini lebih ceria..Kenapa???

Mama kami kini working from home mum..bermakna mama kami akan sentiasa berada di rumah dan kami juga akan sentiasa juga berada di rumah dan tidak lagi menumpang di ofis lama mama.

Mama kami akan mula praktis di firma guaman mama sendiri ..Mama kata dah hampir 15 tahun kerja dengan firma orang , mama tak kemana jadi mama kami kata daripada berkerja cari duit untuk orang , lebih baik bekerja cari duit untuk diri sendiri ..banyak ke sedikit tu rezeki Allah yang tentukan. 

Kami pun tumpang gembira dan harap firma mama kami berjaya.Aminnn

Hari Jumaat lepas adalah hari pertama mama kami melepak di rumah , buat masa sekarang ni mama kami sedang habis kan cuti dulu, bulan depan baru stat ofis sendiri.

Weekend lepas azri demam, kami tak kemana , cuma keluar bandar beli printer dan make- over bilik belakang untuk dijadikan ofis. 

Cerita make-over bilik nanti kami buat cerita khas untuk catatan diari ni.

Hari ni kami semua rasa extra hapy sikit, balik sekolah tadi kami semua terus balik rumah dan makan tengah hari dengan masakan di rumah ..Walaupun mama masak selalunya yang cincai boncai aje tapi lebih baik dari makan yang kedai punya.

Min, kucing kami pun kehairanan..apsal ramai-ramai kat rumah ni, biasanya sunyi sampai ke petang ..alih-alih dah tak dapat nak bebas dalam rumah ni..nak lepak kat kerusi depan pun tak dapat,

Petang tadi azri dapat lah tido dengan puas...alhamdulillah hari ni azri sihat..kalau tidak panas badan azri tak turun-turun.agaknya dapat tido lena pastu dapat main game sepuasnya , sihat terus azri..syukur.

Ok tu aje nak cerita, buat masa ni mama kami tengah pening kepala nak urusnya proses nak bukak firm sendiri ni..kami pun terpaksa lah berkongsi ofis dengan mama kami ni....barang-barang dia kami tak boleh usik langsung , siap kena warning lagi, sapa pakai barang ofis mama kena caj..he eleh kedekut!!!

-3 boys -

Thursday, 24 October 2013

Apa yang menarik tentang Rumah Api Tanjung Tuan.

Salam Khamis,

Rasa sangat gembira dapat pergi rumah api.

Dikhabarkan rumah api ni adalah salah satu rumah api yang tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi..Sayang tak dapat melawat waktu malam, kalau tidak, mesti dapat tengok pancaran lampu yang kuat dan terang tu. 

Tapi dikhabarkan juga rumah api ni ada hants....hihihi...kalau tak silap pernah keluar dalam siri Detik 12 malam ..wartawan tu duk dalam rumah api tengah-tengah malam pasal nak buktikan betul ke ada orang perempuan menjenguk kat tingkap rumah api tu..



Ha ..nampak tak tingkap yang dikatakan ada awek menebengkan kat situ tengah-tengah malam buta .. agaknya tingkap tu la kot.?

Tapi wartawan dalam cerita tu tak ada pulak jumpa hantu ke apa . Tapi kami rasa kalau bangunan ni dah tua mesti la ada semangat penunggu nya ..tapi mama kami pulak kata mama ada terbaca blog ada satu uncle tu dapat tidur kat rumah api tu...tak de pulak dia cerita jumpa hantu ke apa ke...yang dia cerita , dia dapat naik menara rumah api tu dan pemandangan bapak punya cantik atas tu.

Apa-apa pun kami masih tak puas hati kenapa tak leh masuk dalam tu , bagi lah kan bukan nak rosak apa-apa pun. agaknya takut ada yang mati terjatuh dari menara kot ..tapi memang , jalan belakang rumah api ni , yang nampak laut terbentang luas tu , jalan dia sempit sangat pastu ada gaung , ngeri betul kalau terjatuh , sapa nak selamatkan?

Satu lagi yang menarik tentang rumah api ni pulak , ini lah tempatnya burung-burung pemangsa atau raptor melepak semasa penghijrahan merentas dunia, kalau nak tengok burung-burung tu semua kena tengok dalam bulan Mac-April setiap tahun...dikhabarkan boleh sampai 80,000 ekor melepak kat situ pada satu-satu masa...menarik kan ..Ayah kata boleh mark dalam kalender dan boleh ke sana lagi bulan Mac tahun depan. 

 

Sori kami pinjam gambar google ni, agaknya camni lah kot bila musim burung-burung berhijrah tu. penuh dengan burung-burung berterbangan. Masa kami pergi hari tu kami nampak seekor je burung helang tapi tak sempat ambik gambar .

Fakta yang menarik lagi adalah laut yang seluas mata memandang tu rupanya menyimpan satu sejarah yang tersendiri.


Cantik kan laut ni, tenang je kan...rupa-rupanya di sini medan pertempuran 4 kapal perang pada zaman 1600an dahulu , cuba bayangkan kapal-kapal tu tengah berperang  kat laut ni macam dalam cerita pirate of the carribean tu ..kebabommm meriam dari kapal.

Dan di dasar laut tu ada bangkai kapal perang bernama Nassau milik Belanda yang tenggelam masa perang tu pada tahun 1604 kalau tak silap..Ok bayangkan berapa banyak orang mati kat situ... ee ngeri juga kan. 

Ada lagi rasanya yang menarik tentang rumah api Tanjung Tuan ni.. sebenarnya nak ke rumah api ni ada 2 jalan , satu ikut jalan yang bertar yang kami ikut tu dan satu lagi kalau tak silap ikut dalam hutan sambil berjungle tracking...rasanya yang jungle tracking tu biasanya mama kami kata kalau ada team building baru ikut jalan tu.

Begitulah kisah nya rumah api ni yang juga dikenali sebagai Cape Rachado ni...tapi yang kami hairan kenapa rumah api ni dibawah negeri Melaka padahal pintu masuknya dari Port Dickson Negeri Sembilan.

Jom fikir nak gi mana pulak cuti sekolah nanti.  

-3 boys -

Wednesday, 23 October 2013

Rumah Api Tanjung Tuan

Assalamualaikum.

Akhirnya tercapai hasrat kami nak berjalan-jalan ke rumah api Tanjung Tuan.

Walaupun pada mulanya impian tersebut hampir terkubur.

Hari Sabtu lepas, lepas sarapan, ayah suruh kami siap-siap...mama bawa juga bekalan baju-baju, mana tau tetiba kami tak tahan tengok pantai pastu termandi laut ker.

Macam biasa la, sebelum bertolak tu ayah kami sibuk juga dengan laptopnya , buat kerja-kerja ofis. Mama kami pulak sibuk packing-packing apa-apa yang patut.

Siap semua dan bertolak lewat sikit , dalam pukul 11.40 pagi camtu .. 

Macam biasa jugaklah, baru sampai bandar Seremban, belum pun jalan jauh, ada yang dah komplen lapar. Jadi ayah kata lepas ni gi makan dulu.

Sampai PD dah pukul 12 lebih camtu , ikut highway , perjalanan lancar . Kami makan kat Nasi Ayam Gemas dekat Teluk Kemang Square ke apa ntah namanya. Tempat tu macam business center baru lah, memang happening, banyak kedai makan, ada coolblog, ada tempat shopping , Pendek kata memang happening lah.

Lepas makan, ada la beberapa ahli rombongan yang pergi toilet semua, kami pun meneruskan misi kami pada hari tu.

Jam pun dah dekat pukul 1 tengah hari, jadi ayah kata kita gi solat dulu, zohor pun awal.

Maka kami pun pergi cari masjid, masa dalam perjalanan ke masjid tu, mama kami cakap        " alahai cuaca membimbangkan la"

Kan dah betul, sampai jer kat masjid, hujan pun mencurah-curah turun..kami semua mengeluh kehampaan ..cemana la nak gi rumah api, cemana lah nak mandi laut ni.

Apa-apa pun solat dulu, basah kuyup kami meredah hujan masuk ke masjid.

Lepas solat ayah bawa kami jalan-jalan dulu, kami ke PD waterfront .. lepak-lepak kat situ hampir sejam, hujan pun reda ..Yesss..nampak gaya ada harapan nak ke rumah api ni. 

Ayah pun pusing balik ke Tanjung Tuan...alhamdulillah cuaca baik 

Sampai rumah api, kena park kereta kat luar, kereta tak boleh masuk , kena jalan kaki masuk ke rumah api tu.

Masuk pagar tu , daftar nama dan bayar la.. bayaran masuk dikenakan RM1 untuk 12 tahun ke atas, kanak-kanak percuma . dah bayar tu , ready untuk tracking .
 





 
Ni lah jalan ke rumah api, rasanya jalan ni baru di tar, jadi confirm kasut tak kotor, 

Masa ni lepas hujan jadi keadaan agak gelap...jalannya pulak macam mendaki lepas tu berkelok-kelok camtu .

Masa kami naik tu, memang sunyi gila la...tak de orang lain, kami aje, jadi kami rasa agak gerun dan takut la..

Rupa-rupanya bukan kami je rasa takut , ayah dan mama pun rasa saspen jugak , ayah jumpa dahan kayu patah, terus ambik buat senjata, mana tau ada monyet ker, ular ke, orang jahat ke .


Nampak tak kayu kat tangan ayah tu..senjata mempertahankan diri la tu .hahaha.

Agak mengah jugak lah pasal jalan mendaki, ada 2 pondok berehat tapi kami tak berhenti rehat, jalan slow-slow. 

Jumpa seekor monyet , nasib baik dia tak kacau kami, dia pandang jer pastu tunjuk gigi.

Jalan lagi, jalan lagi......penat dah ni...

,,


,,,



,,,


Akhirnya........


Dah sampai!!!

Tapi kena menapak daki tangga la pulak ...

Bising sikit , ada bunyi benda leper tu berputar ...radar kot.
 

Benda leper tu atas menara yang rendah tu .
 


Mendaki, dan terus mendaki , penat wei..
 

Sampai akhirnya...tapi tak boleh masuk, sila la baca signboard tu 

Jadi dah tak boleh masuk , tawaf je la .. ikut je trail yang ada..

Ni la yang kami nampak di belakang rumah api tu.
 



Laut seluas mata memandang, sangat cantik.

Angin pun kuat , sejuk nyaman je rasa..tapi kat sini amatla sunyi pasal tak de orang lain, yang berbunyi cuma radar  berpusing tu jer 


Maka kami lepak la kat sini, bukak segala bekalan air, coklat , jajan yang ada..seronok jugak makan kat sini, angin kuat dan takde orang lain kacau..

Dah puas ambik gambar semua, kami pun balik lah .

Perjalanan balik dah senang dah pasal menurun bukit.

Masa balik baru lah terserempak dengan beberapa group pelancung yang lain, ramai jugak yang ke situ.

Sampai kat pintu masuk dan juga pintu keluar, terserempak dengan satu family tu , dia orang bawa mak mereka kot, dah tua dan agak besar badan nya ..Kami rasa makcik tu confirm tak larat panjat mendaki punya, kami yang muda langsing ni pun minta nyawa.

Pastu anak dia siap dokong baby dengan kasut tinggi lagi..hmm ni pun confirm pancit punya..

Hahaha..sedapnya mengata orang!!!

Alhamdulillah, impian kami terlaksana ..nanti kami cerita fakta-fakta menarik pasal tempat ni..ala google pun boleh tapi kami nak cerita jugak.

-3 boys -

Monday, 21 October 2013

Cerita Raya Haji kami- sambungan

Ayoo cerita basi.

Raya Haji dah lama habis dah..orang yang gi haji pun dah stat balik ke tanah air pun.

Takpe cerita je lah.

Esoknya hari Isnin, takde apa aktiviti , kami lepak jer, main Monopoly Empire tu sepanjang hari.

Mama dan makcik yang bertungkus-lumus memasak di dapur.

Best woo main Monopoly Empire ni..siapa yang dapat kumpul paling banyak billboard, kira menang, kami main ber-round-round, im yang selalu menang, kejap-kejap im menang , pastu im menang lagi..pehh kalah Tony Starck macam nih. 

  

Kalau nak menang , tower ni mesti penuh dengan top brandnye billboard.

Im , bila main jer, tower je kejapnya penuh, pandai im punya stategi tau. 
 

Ni token dia , best kan...oh gambar semua google punye.

Dah puas main sepanjang hari, malam pun menjelma , ni masa dinner paling best ...kami dinner dengan ketupat, kuah kacang, rendang dan ayam masak merah...sedapppp..lemang je takde , jelesnya bila makjah post kan gambar makjah tengah bakar 20 batang lemang kat rumah Tokbah

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah dikejutkan ...untuk mandi sunat hari raya. 

Azri pulak bila mama kejut suruh mandi sunat , boleh pulak buat muka macam nak menangis pastu kata Azri tanak sunat!! Laa mandi sunat la aji bukan kena sunat.

Lepas mandi-mandi semua, kami bersiap-siap pastu berjalan ramai-ramai ke Masjid Chin Chin...best sangat tengok masjid penuh dengan jemaah . 

Lepas habis sembahyang, sambung makan lagi..

Pastu tak de aktiviti lain , layan movie marathon, ala movie-movie murahan kat Astro tu, cerita labah-labah gergasi lah, cerita tornado la, cerita alien la.. sampai ke petang .

Tengah hari tu mama kami masak lah nasi safron, tapi mama tak puas hati pasal safron tu tak macam safron Arab biasa yang mama ada tu tapi ada bau india mamak ..bau dia tak seharum safron arab.. sah lah ni safron keling ...hahaha..pastu kaler safron tu pun tak keluar , light2 je kuning jer..ni mesti safron tipu.

Apa-apa pun syukur , dapat makan nasi saffron ramai-ramai, licin seperiuk.

Lepas tu kami bersiap-siap nak balik Seremban.

Perjalanan balik sangat azab, jam tak ingat , bertolak pukul 5.30 petang camtu, sampai seremban pukul hampir pukul 10 malam ..tu ikut jalan biasa, kalau ikut highway tak tau la pukul berapa sampai rumah.

Nasib baik berhenti makan malam kat Rembau, kalau tak mesti kebulur semua orang.

Sampai rumah, tengok kucing Min dah tak keruan, mana taknya , terkurung dalam rumah 3 hari, pakwe dia asyik panggil-panggil jer...malam tu Min tido luar, tak tahan dia buat bising. Bau pasir tandas dia ayoooo...3 hari punya bahan buangan ...tu semua mama kami yang kemas.

Esoknya kami lepak je kat rumah dengan ayah, mama gi kerja. 

Pastu rendang sedap makcik yang kami bungkus bawa balik basi...sedihnya tak dapat ulang makan..ni semua pasal lama sangat terperangkap jam tu. 

Begitu lah cerita raya haji kami..

Al Tamattun...       

-3 boys -

Friday, 18 October 2013

Cerita Hari Lahir Azri

Salam Jumaat,

Semalam kan hari lahir Azri, jadi hari ni kami nak cerita pasal sambutan hari lahir azri.

Cerita raya haji nampak gaya tangguh dulu lah..

Sambutan bermula hari Rabu malam Khamis , hari tu ayah cuti . ayah kata jom kita dinner sate.

Makanya bersate lah kami sekeluarga malam tu , siap dengan dessert .ayah beli aiskrim nih, coklat pecan apa ntah nama nye... 


Sedap...siap ada kacang dengan coklat ketul-ketul dalam nye.

Esoknya kami semua sekolah macam biasa, sekali dengan kelas petang kafa..

Ni Azri masa lunch, muka tak sabar nak beli kek.












Masa mama jemput kami semua balik, azri sibuk lah ajak beli kek tapi mama buat dek jer..

Rupa-rupanya kek dah beli , tapi ada masalah nak letak dalam peti sejuk.

Kotak kek tu besar yang amat, tak muat masuk dalam peti sejuk, terpaksa keluarkan ...tapi mama takut rosak pulak ising dia , terpaksa cover dengan plastik camni.  


Sori le , peti sejuk rumah kami sarat barat dengan segala macam benda..dah kemas pun macam tu jugak rupanya.

Habis tu bila mama buat dek je nak beli kek, azri macam tau-tau je dah ada kek, masuk je rumah terus terjah peti sejuk , wah terjerit azri tengok kek ... 



Ini la kek idaman kalbu ..dah lama dah aim kek ni tapi mama dan ayah suruh tunggu birthday baru dapat.





  
Muka sangat happy...

Keknya besar sangat , kek tu ada 2 layer, coklat dan pandan, rasanya boleh tahan sedap la.

Patung-patung tu semua memang patung betul...mulanya ayah ingat boleh makan..rupanya plastik jer.

Pagi tadi mama pack kek tu , suruh azri bawa ke sekolah , bagi kawan-kawan rasa kek birthday azri .

Begitu lah adanya kisah sambutan birthday Azri, simple dan untuk kita-kita ajer.

Mama dan ayah kata bila dah umur 7 tahun ni, azri dah tak boleh lasak-lasak lagi, dah tak boleh tido merata kat sofa pastu tu mama atau ayah angkat masuk bilik, dan paling penting dah tak boleh datang bilik mama tengah-tengah malam dah menyelit tido celah mama dan ayah ..awak tu dah bujang.

Dan masa balik dari sekolah tadi, azri dah kemas semacam je...dah tak selebet-selebet lagi..bagus lah adik kami ni.

OK tu jer kisah birthday adik bongsu kami, nanti kami cerita sambungan kisah raya haji la pulak..

Ala hari raya haji yang simple je, tak de ke mana , layan movie bodoh kat Astro jer. 

-3 boys -

Sudah 7 tahun la...

Salam Jumaat.

Semalam birthday azri yang ke 7..

Patutnya nak catat diari ni semalam tapi internet down la pulak..bukan internet rumah kami tapi internet ofis pengurus kami..hihih.

Semalam lepas balik kafa....azri dapatlah potong kek yang diidam-idamkan.

Seronok tak terkata.

Kek tu besar sangat , hari ni bawak lah untuk jamu kawan-kawan sekelas...ada 40 orang kawan pastu nak bagi cikgu sikit...potong kecik-kecik.....cukuplah untuk semua.

Hadiah dah dapat

Nanti lah kami cerita lagi..siap letak gambar.

-3 boys -

Wednesday, 16 October 2013

Cerita ke 2 hari ini

Ni bukan sambungan cerita raya haji..

Cuma ingatan buat kami..hari ni birthday Maktom yang ke ***.

"HAPPY BIRTHDAY MAKTOM

Esok , hari jadi adik bongsu kami ..sapa lagi..Azri la..

Hadiah birthday dah dapat, maka esok dah tak boleh minta hadiah lagi, cuma boleh dapat kek ajer..

Kek yang diminta adalah kek padang bola kaler hijau yang jenama King tu.

 
 google je

Lebih kurang camni le ropa kek yang azri rekues tu..

Mama kata esok lepas kerja insya Allah mama belikan.

Esok kami sekolah, dan kafa macam biasa..abang lepak menumpang kat ofis mama macam biasa.  

-3 boys -

Cerita Aidil Adha kami..

Salam Rabu..

Kesian diari kami sunyi tanpa sebarang cerita.

Cerita terakhir cerita khamis minggu lepas ..pehh 6 hari tak bercerita di sini.

Nanti lupa pulak kisah-kisah membesar kami. 

Ok kembali bercerita.

Hari ni patutnya kami bersekolah , tapi disebabkan ayah cuti dan ramai kawan-kawan pakat nak cuti jugak, maka kami 3 boys bersepakat untuk sama-sama sambung cuti.

Maka mama kesayangan kami tak perlu lah bangun subuh subuh sapie nak siapkan brekfes dan hantar kami ke sekolah pagi ni... abang zahin pun bangun pukul 8.40 pagi tadi.

Kami masih dalam mood cuti.

Berbalik kepada cerita Aidil Adha kami..

Raya Aidil Adha kami di kampung chin chin, kampung kelahiran ayah kami . 

Kami balik ke sana pada hari Ahad minggu lepas. cadang nak gi jalan-jalan Melaka dulu, naik menara Taming Sari ke, muzium ke..

Kami bertolak agak lewat, ni semua gara-gara ayah sibuk dengan laptopnya, buat kerja-kerja ofis 

Keluar rumah pukul 12. 30 tengah hari camtu, terus gi makan dulu, ayah janji belanja makan pasal kesian kami semua dah berkematu menunggu ayah siapkan kerja, kami makan kat Orkid Kopitiam , kat Plaza Ampangan tu.

Kami order 3 je nasi goreng , portion dia besar jadi 3 nasi goreng , lima orang makan tersangat kenyang ..lepas makan ayah dan mama bawa kami solat dulu kat tingkat 1 pastu bertolak lah ke melaka .

Perjalanan lancar, tapi ayah mengantuk jadi mama take over drive kereta dan ayah tido sampai lah ke Melaka. 

Sampai Melaka , ayah tukar drive, tetiba mama teringat , mama dah tertinggal saffron...makcik nak buat nasi saffron tapi tak jumpa saffron, mama nak bawa stok dalam fridge tu ..ni dah tertinggal !! apa kes nasi saffron takde saffron...

Lalu misi jelajah melaka terus jadi misi jelajah cari saffron!!

Misi pencarian pertama ....di Mydin MITC ....cari punya cari takde....tanya la pekerja bangla kat situ , ada saffron ke? Dia jawab..Ooo yang cuci baju tu ker? Mama dan ayah tergelak pastu ayah kata ..kami bukan mau soflan tapi mau saffron , tu masak punya ...selamba je dia jawab..haa cari lah kat sini ..

Misi pencarian saffron gagal...

Pastu mama kata jom try kat kedai-kedai keling yang jual spice kat Jalan Bendahara..

Lalu misi pencarian di terus kan ke Jalan Bendahara ...adoilaa , jam yang amat , berangkak-rangkak lah kami , dekat setengah jam kot baru sampai kedai keling jual spice.

Jalan sempit jadi mama sorang je turun, dapat lah saffron yang dicari-cari.

Mende rupa saffron yang dicari-cari tu??

Ha .ni dia..

  


Dikabarkan saffron ni rempah yang paling mahal di donia....mama dapat lah beli secubit dengan harga RM5....dapatlah buat nasi saffron nanti.

OK selesai misi saffron, jom jelajah melaka...ingat nak gi menara Taming Sari , sekali tengok jalan nak ke Dataran Pahlawan tu sesak yang amat, maknusia lebih banyak dari semut , maka ayah kata cancel...huhuhu....

Hari pun dah nak Asar, ayah gi Petronas isi minyak dulu, belanja kami makan ais krim dan bawa kami solat Asar dulu, kami ke Masjid Terapung Selat Melaka..


Masjid ni kecik jer, dikeliling laut berombak Selat Melaka, angin sangat kuat kat sini jadi masjid ni tak payah airkon ....sejuk jer...

Lepas solat , kami usha-usha masjid nih..



Sekeliling masjid ada balkoni camni, boleh jalan-jalan tengok air, angin kuat dan air laut agak berombak kuat ...takut juga bila teringatkan tsunami ..
 


Kalau dari sini , boleh nampak masjid tu sebenarnya ada bentuk macam ombak sikit , tapi gambar ada pada hp ayah ...

Ala google je la..


Ha , nampak tak ada macam rupa bentuk ombak??...tu dari pandangan mata kami ler...terima kasih gambar google..

Lepas tu ayah bawa kami ke Mahkota Parade , jalan-jalan je kat sana .

Ayah belikan azri hadiah birthday - toy Batman, pastu ayah beli barang untuk ayah sikit dan tetiba abang zahin dapat beli benda nih, mahal pulak tu.
  

gambar google je nih

Suka lah abang zahin, senyum manjang..

Lepas ni sakan lah main menda alah nih ...eh ok ape rasa jadi orang kaya...

Pastu hari pun dah nak maghrib, kami pun bertolak balik ke rumah makcik,...letih lah pulak, baru terasa dah lapo..hihi

Sampai-sampai teruslah makan malam...

Bersambung..... 

-3 boys -

Thursday, 10 October 2013

Tamatnya peperiksaan akhir tahun dan tiba masa bersantai-santai

Salam hari Khamis.

Semalam tamat sudah peperiksaan akhir tahun kami..lega...

Bermakna tak lama lagi tamatlah sesi persekolahan 2013 ..macam tak percaya je kan, taklama lagi abang zahin akan masuk sekolah menengah , im pulak tahap 2-tahun 4 dan azri akan masuk tahun 2.

Macam mana agaknya rupa abang besar pakai baju sekolah putih ? Ye la abang zahin dah pakai baju sekolah biru sejak tahun 3 lagi dan berkasut hitam..lepas ni merasalah abang basuh kasut, kalau nak tahu abang kami tak pernah basuh kasut sekolah hitam dia. kalau kotor cuma lap dengan kain buruk basah jer..pemalas lipas!!

Bila dah habis peksa ni, biasanya tak lama lagi cikgu mesti suruh kami stat kumpulkan buku teks semua ..dan pulangkan. 

Dalam hal ni , kami memang bergantung pada mama lah ..tiap-tiap tahun memang mama yang akan kumpulkan buku teks kami semua, pastu tengok balik list buku teks awal tahun dulu dan buat list baru.

Lepas pulangkan buku teks, kami secara rasminya dah tak belajar apa-apa lagi, masa ni cikgu benarkan kami bawa apa-apa game dari rumah.. boleh lah main game asalkan tak bising dan menghuru harakan sekolah. 

Beg sekolah pun ringan , tak payah le angkut beg sekolah yang berat 10 kilo lagi... 

Nak pergi sekolah pun terasa santai jer..kalau dulu bila jam dah pukul 7.05 minit , abang dah bising-bising suruh im dan azri masuk kereta dan suruh ayah cepat..tapi sekarang semua buat dek jer..macam pagi tadi, jam dah pukul 7.15 minit tapi kami semua masih tenang dan relax jer , makan bihun goreng pun slow-slow jer.

Pukul 7.20 baru masuk dalam kereta dan gerak..syok betul bersantai macam ni.

Cikgu-cikgu pun dah macam malas jer..mesti semua orang kat sekolah sekarang ni dah tak sabar nak tunggu cuti panjang. 

Kami pun tak sabar jugak ....Azri lagi la, tak sabar nak tunggu birthday dia, ye tak lama lagi birthday azri...seronok dapat makan kek. 

Ok tu jer .. kami tengah berdebar-debar nak tunggu apa hadiah ayah nak kasi kat azri, im dan abang zahin boleh tumpang sekaki..hihihi

-3 boys -

Tuesday, 8 October 2013

Peperiksaan akhir tahun dan pelan data untuk abang.

Salam hari Selasa,

Hari ni hari kedua peperiksaan akhir tahun ..abang zahin pun peksa juga tapi subjek bukan teras la..macam kajian tempatan, bahasa Arab, Pendidikan Islam , seni camtu. 

Abang zahin tak ulangkaji pun, jawap soalan pun hentam keromo jer.. apa lagi kisahkan , yang penting tunggu result UPSR pastu dapat tahu masuk sekolah menengah mana.

Tapi yang bestnye im dan azri pun ikut join sekaki dengan abang , tak buat ulangkaji pun ..tapi im kata im dapat jawab semua soalan-soalan, azri pulak ada 1-2 soalan tak sempat jawab, ada tang tak sempat kaler la.

Esok last day peperiksaan. 

Hari khamis nanti kena lah gi kelas kafa , dah 2 minggu berehat kelas kafa ni..kawan-kawan azri dah tanya ngapa tak gi kelas kafa. 

Kelas mengaji kami setakat ni berjalan lancar, kami dah stat catch up dah ..insya Allah kami mengaji sampai kami semua khatam quran nanti.

Hari ni mama belikan abang besar plan data diGi ..dah tak tahan dengar abang nagging , bila nak belikan abang line , bila? Bila? terus mama ambikkan plan digi ni sekali dengan wassap ..pre paid aje ponn, jadi la , singgit sehari jer.

Hanya boleh wassap jer, phone 20 minit dan sms 20 x ajer, jadilah..

Kalau nak layan youtube ka, insta ke, twitter ke, laptop ada, hp mama ada, hp ayah pun ada..cukup, takyah lebeh-lebeh.

Ayah pulak cakap kat mama , tak lama lagi mesti abang nagging nak beli smart phone lain la pulak pasal nokia x6 ayah tu tak tally sangat dengan google app sekarang nih. Mama kata tak boley layan laaa.

Ok tu aje..tak sabar nak cuti ni...minggu depan raya Haji , makan besar lagi. best!!!

-3 boys -