Thursday, 26 September 2013

Merasa naik go-kart budak kecik

Salam Khamis ,

Semalam hari yang sangat sibut bagi kami , semalam ada kem bistari solat untuk tahun 1,2 dan 6, hari selasa lepas pulak kem bistari solat untuk tahun 3,4 dan 5..peh..letih !!

Nasib baik semalam tak de ngaji, wan ngaji mc...selsema. 

Ada sapa-sapa pernah naik go-kart? kami tak pernah .

Tengok gambar ada la..tengok trek ada la..yang dekat PD tu tapi tak pernah ada peluang nak naik. Ayah kata bahaya juga go-kart ni..ada kes orang dewasa mati patah leher accident go- kart dan mama cerita ada kes budak perempuan lumpuh rambut dia tersepit kat go kart ni. 

Hari Sabtu lepas dapat lah kami peluang naik go-kart ni tapi bukanlah go-kart bahaya orang dewasa punya tu, go-kart baby jer.

Kami gi jalan-jalan kat Aeon Bic Forest Height, ayah nak cari wiper. 

Masa tengah parking ayah ternampak ada satu khemah dengan banner "children go-kart" , tak de orang pun kat situ, yang ada sorang abang bangla penjaga khemah tu. 

Ayah tanya nak try tak, masing-masing malu-malu cuma im aje kata boleh lah..   

Kami pun pilih lah mana sesuai, disebabkan kami ni first timer, ayah pilih yang paling slow..


Memang confirm baby punya go-kart 

Ok lah , azri dan im dapat handle dengan baik , kalau tekan minyak tu kuat-kuat agak laju jugak la..kereta ni tak de brek, lepaskan aje minyak tu , stop la dia. 
 

Im naik dulu pastu baru bagi azri, azri dapat 2-3 round pastu bagi kat im balik 

Abang tak mau naik, malu-malu agaknya padahal takde orang lain pun. 
 


Im seronok sangat , rasa macam naik kereta betul , mula-mula bawak slow jer, pastu baru bawak laju-laju, tapi bila dah biasa terasa lembab giler kereta ni....tak de cabaran langsung .

Nanti bila-bila nak bawak yang betul-betul go-kart punya, barulah ngam..

Dah puas main , kami pun pergi lah shopping ...

Sekejap je pun naik go-kart ni, mahal....Rm10 untuk selama 15 minit sahaja. 

Bila kami semua puas naik dan nak bagi balik kereta kecik ni kat abang bangla, ada lah sorang ni teringin jugak nak naik.....dapat lah 2-3 round..hik hik hik 
 
  


Dah..semua dah naik, jom masuk dalam mall..panas berdenting nih..

Begitulah cerita naik go-kart kami.

Bila kami semua dah besar-besar sikit, boleh lah naik go-kart betul pulak, dan boleh lah nak race ke apa ke.....

Ok tu je la....hari ni kami ada kafa , hari ni pulangkan semua buku teks kafa...
 
-3 boys -

Tuesday, 24 September 2013

Semoga maktok cepat sembuh

Salam Selasa..

Hari Sabtu lepas kami semua balik ke rumah maktok.

Mama kena tolong kemas-kemas untuk persiapan majlis aqiqah Aydan minggu depan. 

Malam tu maktok gi surau, kami yang kat rumah ni makam malam lah macam biasa . 

Dah dekat pukul 10 lebih camtu , dengar bunyi enjin kereta maktok sampai , mama buka pintu dan keluar sambut maktok ..tak lama lepas tu dengar kecuh-kecuh , mama dah jerit-jerit panggil maklit, rupanya maktok jatuh dalam longkang dan tak boleh jalan . 

Alkisahnya, masa maktok sampai, mama nampak maktok tengah bersusah payah park kereta, ruang sempit pasal kereta Maklit yang bagak tu dah park kat situ.

Mama pun cakap kat maktok biar mama park kan kereta tu.. Maktok keluar dari kereta dan mama terus park kan kereta tu..rupanya maktok tak perasan besi cover longkang dah renggang , terus terjerumus dalam longkang dalam tu.

Mama mulanya tak perasan , hairan pulak apsal tak nampak maktok kat belakang, tengok-tengok dah jatuh.

Mama dan maklit angkat maktok pasal dah tak boleh jalan langsung, terus bawa ke hospital . 

Pukul 12 tengah malam baru mama, maklit dan maktok balik ...doktor kata tulang belakang maktok patah ..kena rehat baring je kat katil dan hari Isnin kena pergi hospital seremban. 

Kesian sangat kat maktok, malam tu maktok baring tegak je tak leh gerak-gerak . 

Pagi esoknya rasa sedih pulak, pasal biasanya maktok akan turun dapur dan masak sarapan sama-sama dengan mama, tapi semalam maktok berbaring je atas katil.

Lepas sarapan ayah bincang dengan mama dan cadang bawak maktok gi jumpa doktor pakar kat Senawang Specilist Hospital, ala hospital patah jari abang besar dulu dan hotel mahal yang azri check in dulu tu.

Mama pun bincang dengan yang lain-lain , dalam pukul 11 camtu, makjah pun balik , pastu mama, ayah , makjah dan maktok pergi lah ke seremban , gi hospital tu ...makjah bawak Aydan sekali ..

Pukul 3. lebih baru mama balik dan mama beritahu maktok kena masuk wad tapi berita baik nya tak de tulang yang patah. Alhamdulillah.

Semalam mama kena ambik cuti la, maktok keluar dari hospital dan mama hantar maktok balik je jelebu...

Sekarang ni maktok tengah rehat je kat rumah , duduk kat wheel chair je..nasib baik ada bibik , mama kata bibik tu yang hantar makan minum semua ke atas. walaupun Bik Som tak pandai masak, sekurang-kurang nya dapat jugak maktok makan ..

Harap maktok cepat sembuh , hujung minggu depan kami semua akan balik lagi ke jelebu , ada kenduri aqiqah Aydan .. nanti semua kazen-kazen akan berkumpul ..seronoknyeee..        

-3 boys -

Friday, 20 September 2013

Cerita Jumaat

Assalamualaikum ..

Hari ni kami semua keluar awal...serentak pulak tu , jadi mama tak sempat tunggu lama, keluar dari kereta tengok-tengok kami semua dah ada dah tunggu mama.

Kami makan kat mamak je hari ni .

Makan macam brekfes jer..ntah kenapa masing-masing tak rasa lapar sangat .

Im makan tosei syer dengan mama, azri makan roti kosong dan abang makan roti telur... kenyang sangat . 

Lepas makan kami ke ofis mama , singgah kedai bawah beli air dulu pastu baru naik ofis.

Lepak je main game..hari ni mama bawa laptop ..tak le kami ni bergaduh berebut nak main game. 

Malam nanti mama kata ayah balik lambat , dan tak de makan luar..mama kata malam nanti nak goreng chicken drummet dengan sop sohun jer....kari ikan kurau masin semalam ada lagi..jadi lah.

Sekarang ni kami tengah bersiap-siap nak ke kelas mengaji. 

Ok tu jer...nanti kami sambung cerita..

Selamat berhujung minggu semua...  

-3 boys -

Thursday, 19 September 2013

Mengaji- First Class

Salam Hari Khamis,

Semalam kelas mengaji pertama kami semua.

Dah hampir 7 bulan tak mengaji, kami hampir-hampir lupa semua bacaan.

Semalam kami semua melepak di ofis mama, dalam pukul 4.30 petang camtu, mama suruh semua pergi fresh up, ambik wuduk dan tukar baju.

Semua pakai baju melayu tapi dengan seluar sekolah je la. Dalam kereta kami semua berdebar-debar..takut cikgu mengaji tu garang.

Sampai je rumah cikgu mengaji tu, tengok-tengok dah ramai budak-budak lebih kurang sebaya kami dah stat mengaji .. cikgu mengaji ada 2 orang, 1 Atok dan 1 lagi Wan.. Kedua-duanya nampak garang giler....waaawaaa

Lepas bawa kami masuk, mama pun balik ofis dia balik, tinggal lah kami semua sendirian kat sini.

Tak lama lepas tu , azri dipanggil untuk mengaji , mengaji depan wan tu.. walaupun dah lama tak mengaji, Alhamdulillah azri dapat baca iqra 2 , walaupun ada sangkut-sangkut sikit , Wan ngaji kata nanti nak suruh azri ulang .

Lepas tu tiba giliran im, masa baca iqra 6, suara im tetiba jadi halus dibawa angin ..tak boleh nak kuat pasal im tak biasa..segan pun ada...takpe lah first class katakan...

Wan ngaji kata im boleh baca, lancar tapi kena ulang baca dulu iqra 6 sebelum boleh naik Quran...

Last sekali tiba giliran abang, dulu masa dengan abang Hambali, abang zahin dah juz 2....tapi dah lama tak ngaji, wan suruh abang ulang semula dari juz 1 ..dapat jugak abang baca ..boleh lah tahan lancar.

Tengah abang ngaji, tetiba mama sampai , masa tu dah pukul 6, 

Lepas tu kami semua balik la rumah.

Lega dan seronok rasanya ..

Kelas kedua nanti esok petang, memang ambik kelas 2 kali je seminggu, hari rabu dan jumaat..hari yang takde kafa.

Mama kami kata cuti sekolah nanti boleh ngaji hari-hari , cepat sikit khatam quran.  

Cuma satu lah .kami dah tak boleh lepak kat rumah lagi....duduk kat ofis mama je sampai time mengaji.

Tak sabar tunggu mama stat ofis sendiri.
    
-3 boys -

Wednesday, 18 September 2013

Kami baru nak stat kelas mengaji..

Dulu-dulu kami mengaji dengan abang hambali rumah depan..

Mengaji hari isnin dan selasa je pukul 9-10 malam .

Tetiba abang Hambali pindah pasal rumah tu abang dia nak jual ..

Lepas pada tu kami dah tak mengaji lagi.

Bukan mama kami tak cari guru mengaji tapi masa semua tak sesuai , ye la payah juga nak cari masa yang sesuai pasal kami setiap hari isnin, selasa dan khamis dah ada kelas kafa.

Baru-baru ni mama kami dapat satu guru mengaji , satu taman dengan moyang saudara kami. Nama kami tak tau tapi kami panggil nenek .

Tu pun terpaksa tangguh juga pasal nak tunggu abang zahin habis UPSR.

Ni UPSR dah tamat , hari ni tiba lah masanya kelas pertama mengaji kami.

Kecut perut , pasal dah lama sangat kami tertunggak mengaji , 

Abang zahin dah juz 2 , Im pulak iqra 6 dan azri Iqra 2 tapi rasanya semua tu kami kena ulang semula ..dah lama tak mengaji, semua dah lupa .

Jadual kelas mengaji kami , setiap petang Rabu dan Jumaat , dari pukul 5 sampai 7 malam.

Buat masa ni setiap hari kami terpaksa menumpang di ofis mama dan mama hantar pukul 4.50 petang nanti.

Nanti bila mama stat ofis sendiri , kami akan duduk rumah dan pergi mengaji dari rumah jer...  

Buat masa ni kami keboringan kerana terpaksa melepak di ofis mama , bosan pasal tak ada apa nak buat. nak main komputer mama tak bagi, nak main handphone pulak , berebut pulak kami bertiga. 

Tak sabar tunggu mama stat ofis sendiri, kami lebih selesa duduk rumah.

Nanti kami cerita pengalaman pertama kelas mengaji kami..      

-3 boys -

Tuesday, 17 September 2013

Catatan hujung minggu kami

Salam Isnin Selasa, 

Macam biasa, bila weekend jer , diari kami ni tak ber-up -date , apa nak buat sekretari kami sibuk bila weekend, masak lah, shopping la, kemas rumah lah....

Weekend ni cuti panjang 3 hari dan kami balik jasin , kat jasin tak ade wifi , lagi la diari ni tak terusik. 

Tapi dah nama diari , kena tulis kan apa saja yang berlaku , takut nanti lupa...

Orait...Hari sabtu kami balik Melaka , singgah dulu kat Taman Cheng Perdana, ada wedding adik kawan mama..kami sampai agak lewat , hampir pukul 2 sebab dalam perjalanan dari seremban tadi, hujan lebat sesangat.

Disebabkan mama tak nak kami ni nampak kebuluran , ayah singgah kat Petron Alor Gajah dan beli macam-macam jajan  buat alas perut.

Jadi masa sampai majlis orang kawin tu , tak lah kami terkam nasi arab tu macam orang Somalia , dapat lah kami kontrol hensem  senduk nasi arab slow-slow , senduk daging dan ayam slow-slow padahal perut dah menggelodak nih...bau nasi arab tu pehhh!! tak tahan.  

Tengah sedap-sedap makan, kawan mama datang kat meja kami, hmm dapat layanan special lagi..macam-macam kami dapat , candy pack, bubur kacang, koktel buah-buahan ..pendek kata semua yang dihidangkan sangat sedap.

Masa balik, kawan mama bagi tapau nasi arab...seplastik besar..syukur ,rezeki malam nanti.

Balik dari majlis kawin tu, ayah terus singgah masjid untuk solat, mama tukar baju dan kami terus ke Melaka Mall untuk acara shopping , nak beli selipar azri dan baju-baju kerja ayah ..selesai semua zomm...kami balik rumah makcik.

Sampai dah maghrib, solat dan makan malam terus ..ayah lang dan kak lesya pun ada, makan nasi arab ramai-ramai ..best !!

Hari Ahad esoknya kami lepak je kat rumah makcik , tak kemana-mana 

Lepas sarapan, makngah, kak cik dan kak nana sampai .

Aktiviti seterusnya adalah melepak saje, 

Petang lepas solat zohor, ramai-ramai tengok The Conjuring 

Minum petang dengan pizza makcik masak, apam balik mama beli dan buah-buahan setalam penuh.

Tak lupa kenduri ais krim..

Semua makanan di atas telah membuatkan kami mengalami kelawasan melampau , cherry berry terus...

Malam tu makngah dan the geng tido kat rumah makcik, jadi tak la takut sangat pasal ramai orang kat rumah kan .....ni semua Conjuring punya pasal la ni...nak tido pun takut ni.

Im pulak demam terus , badan dah panas semacam jer, mama bagi panadol sebiji pastu tido

Isnin esoknya....cuti umum hari Malaysia ...im masih demam tapi tak panas sangat. azri dah stat batuk tapi mama kawal , bagi puff on time takut kena lelah lagi.

Lepak tengok tv aje la....main bola , main badminton ..kira enjoying  the break to the max la kekdahnya .

Lepas lunch balik seremban ..jemmmmm   jemmmmmm jemmmmm

Dah keluar Pedas pun jemmmm jugak, berkematu bontot duk dalam kereta ..ni kalau nak ke Kuantan pun dah sampai nih.

Sampai rumah kami dah maghrib, Min menyambut dengan ngiauan kelaparan....tu lah air dengan makanan banyak kat atas tempat kasut mama kami letak , dia yang memilih ..padan  muka lapar.

Mandi cepat-cepat, solat maghrib pastu keluar semula...gi rumah mak tok pulak makan malam ...nasib baik lah maktok ada dan ajak makan, kalau tak penat la mama nak kena masak ..lauk ada mama bawa dari rumah makcik tapi kena juga masak nasik..

Balik semua dah keletihan ....makan ubat siap-siap dah tido.

Alhamdulillah pagi tadi bangun tido, im dan azri dah sihat, ke sekolah lah kami .

Tapi tak gi kafa, mama suruh kami rest kat rumah, esok dah stat gi kelas mengaji.

Begitu lah hujung minggu kami....makjah ada call mama offer kami semua lepak kat hotel makjah kat Kuantan tu, tapi ayah kata ayah tengah sibuk.. takpe kami tunggu je sampai ayah dan mama tak sibuk. Ada masa ke kuantan la kami...

-3 boys -

Friday, 13 September 2013

Jumaat yang santai.

Salam Jumaat..

Hari ni abang zahin pergi sekolah dengan perasaan yang sungguh gumbira.

Hari ni tak yah belajar, cikgu suruh pakai baju sukan dan kemas dewan , kemas kelas ..selebihnya abang zahin dan kawan-kawan habiskan masa dengan berborak-borak saje.

Lepas ni pelajar tahun 6 akan belajar pelajaran bukan teras sahaja macam pendidikan islam, kemahiran hidup, kajian tempatan, siviks sahaja.

Bila exam akhir tahun nanti, budak tahun 6 akan peksa pelajaran bukan teras je..senang hidup.

Tapi im dan azri kena study, im dan azri kena ambik exam akhir tahun.

Abang dah relax dah, ambik peksa pun nanti main-main jer...ala bukan penting pun.

Malam tadi sempena dah habis peksa, ayah belanja makan kat Mc D...jadi tadi dah tak boleh berspecial friday, kami makan kat mamak jer.

Balik rumah tadi , hujan selebat-lebatnya , mama sangkut lah tak dapat balik ofis..hujan reda sikit, ada pulak cina datang tukar blind dapur ..ganti blind lama yang dah umur 9 tahun tu.

Hujung minggu ni cuti 3 hari...yahoo...isnin nanti cuti am untuk hari Malaysia .

Kami balik kampung jasin nanti ..best , dah lama tak jumpa makcik . 

-3 boys -

Thursday, 12 September 2013

UPSR - Final Day

Salam Hari khamis..

Hari ni last UPSR....abang dah MERDEKA!!!!!

Macam tak percaya jer, lepas ni dah tak de balik lambat pukul 2.30 petang tu, hari sabtu pun dah takde kelas tambahan dan paling best, malam selasa dah tak payah gi tusyen dah. 

Paling best , lepas ni dah tak de suara mama " abang , dah buat revision?" , lepas tu pantang pegang laptop terdengar le suara " abang, gi study, UPSR tak lama lagi, berkorban lah sikit untuk masa depan". adeiii, lepas ni aman sikit dunia abang.

Lepas ni dah boleh lah kami gi jalan-jalan tidur hotel ..tahun ni paling kurang kami sekeluarga berjalan-jalan tidur hotel .semuanya kerana abang ada UPSR..maka lepas ni dah takde halangan ...ayah..jom gi tido hotel.!

Hari last ni amat memenatkan , ada 4 kertas hari ni, Sains, English kertas 1, English Kertas 2 dan ujian aptitud..

Habis jer kertas last tadi sebelum ujian aptitud, kawan-kawan abang ramai yang jerit Merdeka!!! tetiba ustazah roshida nak marah-marah...ye la ustazah mana ada merdeka kan, tahun depan dia kena mengajar lagi budak tahun 6..kesian, jeles le tu. 

Kertas aptitud tadi stat pukul 2.30 petang , jadi semua tahun 6 tak balik rumah tadi, makan ramai-ramai kat kantin pastu terus masuk dewan  untuk ujian aptitud.  

Lepas ni abang boleh enjoy, enjoy la untuk 1-2 bulan ni sebelum result UPSR keluar...pastu baru lah tau sekolah menengah mana abang masuk nanti .

Ha ini gambar budak kantoi, rupa-rupanya bila dia duduk rumah , dia gi berdating rupanya...ni tertangkap berdating atas pagar...

 
 Masing-masing memandang macam tak de apa-apa.

Agaknya asyik dating, si Min demam 2-3 hari ni...semalam seharian dia tak makan dan minum , kurus dah perut dia. Mama kata tengok sabtu nanti , kalau masih camtu, kena bawak jumpa vet...

Malam ni ayah kata nak belanja Mc D , mama la paling happy, tak payah masak.

Esok sekolah macam biasa....tapi pergi sekolah santai-santai je la.. yang pasti lepas giliran im dan azri kena buat revision, im dan azri ada peperiksaan akhir tahun.

Lepas ni laptop abang akan conquer sepenuhnya .yahoo ..

MERDEKA !!!   MERDEKA!!!!  MERDEKA !!!!

-3 boys -

Wednesday, 11 September 2013

Ayah beli handphone baru

Semalam ayah bawa balik hp baru ,

Window phone - Nokia Lumia 720


 

Baru kami sedar yang Nokia bukan Cokia lagi..smartphone dia hebat-hebat jugak.

Selama ni kami nampak Samsung dengan I Phone aje pasal dua tu jer yang ada dalam family kami , mama, maklit, maklong , uncle nahar  pakai Samsung, maktom, uncle jay dan makjah pulak dengan i-phone. 

Kami dah tak nampak yang lain, mama kami pulak dah plan nak tukar Samsung Galaxy Note 2..bila ayah kami beli window phone ni...emm boleh tahan jugak phone cokia ni kan..

Yang kelakarnya phone ni pakai micro Sim card...ayah kami gi la celcom centre nak tukar micro sim card tu ..rupa-rupanya micro sims kad tu hanyalah sim card biasa yang dipotong kecil ....jadilah micro...hihih.

Kami dah tau dah perangai ayah kami, ayah bukan jenis suka bergadjet-gadjet ni dan ayah tak suka belanja banyak untuk gadjet so Lumia 720 ni dah kira memadai untuk ayah kami ..padahal kalau ikut kami ...baik ambik yang latest tu...Lumia 1020 ke apa ntah ...belum keluar lagi kot. 

Maka dengan ni hp cokia lama ayah akan jadi milik abang...walaupun sebenarnya abang dah minta mama belikan galaxy Y untuk abang ...

Ok dah ler ..esok last day peksa....fokus....fokus ....
 
-3 boys -

UPSR-Day 2

Salam Rabu 

Hari ni hari ke 2 abang duduki UPSR...hari ni ada satu paper jer...Matematik Kertas 1 , pukul 9.15 pagi selesai semua dah.

Habis je paper math kertas 1 tadi, budak-budak tahun 6 semua pergi masuk dewan terbuka..beramai-ramai la cikgu buat revision untuk kertas esok , Esok ada kertas Sains , English dan ujian aptitud.

Esok ujian aptitud tu habis pukul 4.30 petang..lepas tu abang akan MERDEKA!!!!

Tapi itu esok lah , sekarang ni belum boleh bersuka-suka lagi.

Sekarang ni tengah buat revision sikit-sikit, tak mau tension-tension.

Ok tu je    

-3 boys -

Tuesday, 10 September 2013

UPSR-Day 1

Salam Selasa...

Hari pertama UPSR, hari ni ada 3 papers...BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2, Habis periksa semua pukul 1.00 tengah hari. 

Murid tahun 6 ada peperiksaan, murid tahun -tahun lain dapat cuti free secara giliran. Esok hari Rabu , im akan bercuti , azri sekolah dan hari Khamis nanti, azri akan cuti dan im pulak sekolah.

Tapi azri beritahu mama , cikgu dia suruh cuti jer, tak yah gi sekolah pasal cikgu bertugas. Memandangkan kawan-kawan sekelas azri ramai yang ganas-ganas, ada yang tendang kepala azri masa azri tunduk ambil pensil jatuh, maka azri dicutikan untuk 3 hari ni.    

Pagi tadi, abang dikejutkan awal dan disuruh mandi awal, supaya sempat solat subuh...selalunya abang solat subuh bila dah terang hari. * subuh gajah

Alhamdulillah , pergi ke sekolah dengan tenang..yang pergi sekolah abang dan im jer, azri tidur lagi tu ..sampai agak awal , terus ke surau untuk bacaan yassin .

Lepas baca yassin baru semua masuk ke dewan untuk peperiksaan ...berdebar-debar rasanya. Tapi mama dah pesan, baca selawat dan alfatihah banyak-banyak untuk bagi ketenangan.

Alhamdulillah juga, semua soalan abang dapat jawab ... betul ke tak tu tawakal je la.

Esok hari ke 2 pula....im dan azri nampaknya dapat cuti free la sampai hari khamis nanti , masing-masing nampak macam malas je nak ke sekolah ..lagipun memang ramai yang tak sekolah pun tadi..kantin pun lengang jer.

Esok ada satu paper je, matematik kertas 1, pukul 9.15 pagi selesai dah, tapi cikgu kata kelas jalan macam biasa, cikgu akan buat revision untuk Sains dan BI, balik macam biasa pukul 1.35 petang .

Ok tu jer 

-3 boys -

Monday, 9 September 2013

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk pelajar Tahun 6

Salam Hari Isnin..

ESOK UPSR!!!!!!

Akhirnya yang ditunggu-tunggu tu dah tiba dan esok lah penentu ke mana abang nak sekolah Tingkatan satu nanti.

Hari Jumaat lepas sempena nak peksa UPSR ni , sekolah KGV adakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk semua pelajar tahun enam. Kedatangan adalah diwajibkan. 

Majlis bermula pada pukul 7 petang. Sejak mula lagi dah diputuskan bahawa mama akan temankan abang untuk majlis itu nanti dan ayah akan tinggal di rumah temankan im dan azri. Lagipun ayah kan kerja kat KL , mana sempat nak bersiap untuk ke majlis. 

Plan asal, mama balik dari ofis awal sikit, terus beli dinner pastu balik rumah dan bersiap , ayah sampai je, mama dan abang terus ke sekolah, Ayah , im dan azri duduk rumah dan dinner di rumah dengan makanan yang mama dah beli tu. Mama dan abang akan dinner kat sekolah.

Apa yang sebenarnya berlaku .....ayah kami balik lambat !!!..ayah suruh mama bawa kami semua ke sekolah dan tunggu ayah kat tempat parking untuk ayah ambik im dan azri.

 Abang bersiap dengan segaknya ..dah tak sabar nak join kawan-kawan nih,


Menanti ayah dengan sabar ..masa ni dah pukul 7 lebih sikit, masih terang lagi..

Tunggu dalam 10 minit lebih camtu, mama bawa kami masuk dalam kawasan sekolah, im dan azri rasa malu pulak pasal budak-budak lain yang datang semua segak berbaju melayu.

Kat dewan dah ramai orang...tak lama lepas tu ayah call beritahu 5 minit lagi sampai, jadi mama bawa kami tunggu ayah kat pintu gate besar.

Menunggu punya lama , dari terang dah jadi gelap dan dari ramai orang sampai dah takde orang, semua dah pergi ke Dewan ..tunggu lagi sampai azan maghrib, ayah tak jugak sampai..Last-last mama bawa kami ke dewan dan terus sembahyang  


Mama dah lambat , dapat sembahyang kat belakang sekali ...tak lama lepas sembahyang , ayah pun sampai dan bawa im dan azri balik.

Lepas solat maghrib berjemaah, ada solat hajat dan terus bacaan yassin..habis je baca yassin..terus solat Isyak berjemaaah.

Abang solat sekali dengan kawan-kawan, sebenarnya masa baca yasin tu, abang ada cuak sikit..teringat kawan-kawan cerita pasal kakak yang mengilai kat Blok A tu, takut jer tetiba terdengar bunyi mengilai ke...

Alhamdulillah tiada apa berlaku sampai habis majlis.

Habis majlis , ibu bapa semua makan kat kantin, abang dan kawan-kawan makan je kat dewan ..sangat lapar dan dahaga sebab pak imam tu baca doa dan surah panjnag sangat..mana taknya pak imam tu memang Imam Masjid Negeri ..bukan calang-calang tu...



 
Gambar curi ...diambil tanpa disedari oleh abang.

Abang nampak je mama tengah ambik gambar, cepat-cepat abang bangun..malu wooo..walaupun semua tu bff abang tapi segan jugak.

Esok abang dan kawan-kawan akan hadapi UPSR..harap abang dan kawan-kawan dapat 5A dan kami dapat sama-sama satu sekolah menengah nanti..

Doakan kami semua berjaya ye...Daaa

-3 boys -

Friday, 6 September 2013

Jumaat yang istimewa..

Salam hari Jumaat..

Mama bawa kami special friday lagi...tapi mama kata hanya boleh makan kat sini sebulan sekali jer..mahal teramat. 


American brownies kegilaan kami tak dilupakan ..air mahal jadi order air kosong jek..kedekut!!

Ada drama berlaku dalam kereta masa on the way gi makan ni. 

Mula-mula masa balik sekolah tadi, azri mengadu kat mama kata kawan dia si Adlaren tu tendang kepala dia ..kurang asem betul!! im sebagai abang penyayang kata nak belasah budak tu dengan baseball bat.

Pastu bergurau-senda la im dan azri siap dengan pakej ketawa mengilai-ngilai tengah hari buta jumaat ni ....agaknya setan dah masuk, azri gurau kasar kat im, di tekannya jari kelingking abang im kuat-kuat..betul-betul kat bawah kuku jari im. terjerit la abang im sakit dan........nangis....

Bila semua orang marah azri, azri pulak bantai menangis sambil hempas-hempas badan dalam kereta ..sudah la jadi haru biru, mama pun kata cancel je special friday, balik rumah tak yah makan biar semua kebulur ....lagi le kuat azri menangis. 

Sampai je kat situ , puas lah im dan azri cuba control macho, sapu air mata semua dan masuk dalam secret recipe macam biasa.

Mula-mula tu masing-masing moncong , bila makanan sampai pastu dah stat makan , stat pulak tukar-tukar suap, lupa terus drama tadi...terus masing-masing ok ...walaupun im masih komplem jari masih sakit.

Habis makan, terus balik rumah..lepas tu...

     
Nak cium abang im tanda minta maaf tapi abang im malu-malu .

Lepas tu aman damai dah..tak de gaduh-gaduh.

Petang nanti abang zahin dan mama kena pergi sekolah, ada bacaan yassin dan solat hajat untuk UPSR... harap ayah dapat balik cepat hari ni. 

Kalau ayah tak dapat balik cepat, alamat terpaksala im dan azri ikut menempel sekali kat dewan sekolah.

Mama kata nak cepat supaya dapat parking depan sekolah , ngeri juga kalau parking jauh-jauh , masa datang ok lah lagi pasal terang tapi nanti masa balik .tak ke parah , gelap gulita ..

Esok , abang ada kelas tambahan , final sebelum peksa.

Hari selasa minggu depan ni dah stat le UPSR....harap semua ok dan berjalan lancar.
 

-3 boys -



Thursday, 5 September 2013

Berakhirnya Syawal dan permohonan ke sekolah menengah

Salam hari Khamis..

UPSR- 6 hari lagi

Esok 30 Syawal...maka berakhirlah bulan syawal yang kita nanti-nantikan setiap tahun. 

Dinanti-nantikan kerana masa ni lah nak kumpul duit raya banyak-banyak dan masa ni lah dapat pergi rumah kawan-kawan..kalau tak kerana raya rasanya kami tak kan dapat duit raya dan tak akan dapat redah je rumah kawan-kawan.

Cuma raya tahun ni kurang meriah sikit bagi abang zahin, camne nak raya sakan kalau hati duk dup dap dup dap teringat nak peksa. 

Semalam selesai sudah permohonan ke sekolah menengah ..ni untuk SBP dan juga sekolah program khas..maknanya hanya layak masuk sekolah tu kalau dapat 5A . 

Permohonan pakai online jer...mama kami isi masa mama kat ofis, isi sambil dapat guide dari abang melalui phone.. 

Ada 4 sekolah sahaja yang boleh dipilih mengikut keutamaan....maka mama ayah dan abang telah sepakat memilih :-

Keutamaan pertama - Sek Men KGV -aliran Sains
Keutamaan kedua- Sek Men KGV -aliran agama
Keutamaan ketiga- Sek SHAMS-aliran agama
Keutamaan keempat-SDAR -aliran sains

Abang terpaksa pilih SDAR sebagai pilihan terakhir kerana SDAR sekolah asrama penuh..kena tinggal di asrama walaupun rumah mak bapak sebelah sekolah jer..

Abang tak sanggup!!

Sapa nak kejutkan abang bangun pagi-pagi?

Sapa nak kemaskan katil, siapkan baju seluar semua, kasut, stokin?

Dan yang paling penting, abang mana tahan mandi air sejuk!, lahir jer dah mandi air panas sampailah dah besar panjang ni...kadang tu dah matahari naik pun mandi air panas lagik.

Abang tak kisah sekiranya dapat masuk Sek KGV aliran agama pun, mama pernah cakap dengan abang , ayah dengan mama pernah berbincang dulu, kalau ada anak lelaki, salah seorang nak dididik sampai masuk Universiti Al Azhar.

Insya Allah , mana tau ada rezeki abang dapat masuk Universiti Al Azhar , dapat hafal Quran sekali ke...rasanya masa tu Mesir dah aman stabil la ..tak le berperang macam sekarang ni. 

Mama dan ayah pernah kata, kalau boleh salah seorang jadi lah doktor...hish berat harapan mama dan ayah kami tu ..sapalah agaknya nak jadi doktor kan..im dan azri nak jadi komandor Abang? 

Doakan abang dapat 5A nanti ye..kalau tak dapat ...rasanya dapat sekolah PZ kot, tak pun Seri Ampangan, ngeri sikit pasal ramai kata dua sekolah ni ada masalah disiplin .

Apa-apa pun yang penting sena selesaikan UPSR dulu, pastu baru boleh cerita.

Minggu depan abang UPSR..doakan abang mudah jawap soalan nanti.

Lepas selesai peksa nanti , tak sabar nak balik kampung, tak kira lah kampung Tokbah ke atau kampung makcik, yang penting balik kampung..

Rasa boring sesangat dah ni, terperap dalam rumah je tak kemana.  

-3 boys -

Wednesday, 4 September 2013

Bagaimana persiapan ke sekolah setiap hari..

Salam hari Rabu,

UPSR - 7 hari saje lagi.

Setiap hari sekolah, kami akan bangun secara bergilir-gilir dan mandi pun bergilir-gilir .

Dulu kami boleh guna bilik air bilik mama dan ayah tapi sekarang ayah kami dah kerja, bilik air tu dah tak boleh guna dah sebab kalau ayah kami dah masuk guna bilik air tu, alamat berjam-jam lah baru siap mandi...ye ayah kami guna bilik air lama gila..mengalahkan anak dara mandi!!

Mama kami adalah orang pertama bangun dan mandi, lepas tu mama akan siapkan baju-baju kami atas katil, pakej lengkap..siap letak bedak, sikat dan minyak rambut..malah seluar kecik, singlet dan stokin pun siap bersusun.

Maka tugas kami hanya mandi sahaja dan pakai sahaja, semua dah ready atas katil..no hal, no problem.

Biasanya Im orang pertama bangun dan mandi, lepas tu abang besar dan last sekali Azri .. im bila dah siap, im akan turun brekfes siap-siap, lepas tu baru semua turun minum pagi. 

Oh! brekfes pun dah siap terhidang , juga pakej lengkap, mug, pinggan , sudu garfu semua siap...kadang-kadang tu siap disendukkan lagi, air milo pun dah siap-siap dituang dalam mug.

Tugas kami cuma duduk dan makan sahaja ..no hal , no problem..

Semalam mama kami bangun lambat...terjaga bila dah azan subuh ..hahaha...

Mengelupur bangun dan berlari ke dapur , siap dah plan nak masak maggi goreng ...nak makan roti je, roti tinggal 2-3 keping jer. 

Merasalah kami bangun sendiri dan ambik baju sekolah, stokin, singlet , seluar kecik, bedak, sikat sendiri ..kelam kabut sungguh .tu yang stokin cair pun keluar sekali, seluar kecik pun tertukar sekali ..hish .

Tu la pentingnya mama kami kan..

Dalam pada lambat bangun tu, sempat juga hidang maggi goreng dan milo panas untuk kami, semua siap dalam masa 20 minit , pukul 6.30 mama dah naik atas solat dan sempat lagi siapkan baju untuk azri. bravoh!! hihi puji mak sendiri.

Dah siap semua, ayah akan hantar kami ke sekolah , pastu ayah pun gi kerja.

Masa balik pulak, mama akan datang teman kami makan kat kantin bila ada kafa dan jemput balik rumah lepas kafa.

Sampai rumah, biasanya sempat lah kami semua main bola dalam 20-30 minit pastu mandi. 

Begitu lah rutin kami hari-hari. 

Oh tak sabar tunggu abang kami habis peksa. dah boring sangat ni setiap hujung minggu tak berjalan ke mana ..habis peksa nanti baru boleh jalan... 

Kami n jenis tak kisah, balik kampung pun dah kira pergi berjalan..cukup happy dah.

-3 boys -

Monday, 2 September 2013

September...UPSR aku datang.

Salam hari isnin 

Hari ni dah 2 September, bila masuk je bulan 9 ni, lutut terus jadi ketar 

ye la UPSR - 9 hari je lagi 

Murid tahun 6 semua dikecualikan dari semua aktiviti sampingan..dan diwajibkan semua kelas-kelas tambahan.

Sabtu lepas di kala semua orang bercuti ria dan melepak depan tv tengok perarakan merdeka , abang dan kawan-kawan kena hadir kelas tambahan. Kelas tambahan hari sabtu tu ada lagi sampai sabtu minggu depan.

Nasib baik kelas tusyen dah tamat ..penat betul.

Weekend hari tu kami tak gi tengok wayang, ada ke patut cerita Elysium tu rated 18 ..camne nak gi tengok ? apa yang ganasnye...

Terpaksalah tunggu makcik beli dvd.

Semalam kami baru ada masa tengok dvd cerita Snow White and the Huntsman .. ketinggalan keretapi betul.

Semalam im dan azri dapat kontrak basuh kereta ayah ..full pakej siap basuh tayar ...dan dapat gaji !!

 
 Im dan gaji pertamanya.

Tapi kena bahagi 2 dengan azri .

Yang bestnya im jadi mandur, azri pulak jadi pekerja, sepanjang masa basuh kereta tu, kedua-dua mandur dan pekerja ni tak habis-habis bergaduh , ayah kata macam chipmunk je.

Kejap mandur bagi arahan , pekerja tak ikut, mandur marah pastu pekerja pulak marah pasal mandur kacau kerja pekerja ..begitulah sampai kereta siap cuci ..pastu mandur dan pekerja ni dua-dua basah kuyup ...mandi terus kat situ.

Tapi sebenarnya tu bukan gaji pertama im , hari sabtu im dah dapat gaji pertama dari mama, upah basuhkan kasut sekolah azri ..dapat rm5.

Nampaknye lepas ni im dan azri lebih suka kerja dengan ayah la..ayah bagi gaji besar , kerja dengan mama dapat gaji kecik jer. hihihi

Minggu ni kami sepatutnya stat mengaji , kami akan mengaji dengan nenek yang duduk setaman dengan rumah Tok Su Hafsah .

Semalam kami semua ke rumah Tok Su ...mama kata ikut tradisi orang dulu-dulu, mak bapa kena serahkan anak-anak kepada guru mengaji secara simboliknya.

Maka semalam kami semua ke rumah Tok Su dan kami telah diserahkan kepada nenek ngaji tu oleh mama. lega sikit pasal nenek ngaji tu tak nampak macam garang, kecik je orangnya .mama kami kata macam sais badan arwah Tok Nek . 

Kami ni dah kira jauh ketinggalan mengaji ni. azri baru iqra 2, im baru iqra 6, belum baca quran lagi..abang pulak baru juz 3 rasanya..kawan-kawan abang ramai dah khatam quran dah ..

Mama kata takpe , kita slow-slow mengaji, biar lambat asalkan khatam quran...daripada khatam quran cepat tapi sebenarnya tak tau baca pun...

Hari ni kami kafa macam biasa.. dan sibuk nak hari sukan.

Raya pun dah habis la kiranya..semalam abang gi rumah asyraf, last kopek open house raya, dapat lagi duit raya rm5 ..yahoo

see you..
 

-3 boys -